j30h591-Surah Al-Tariq & Al-A’la

Halaman 591

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Demi langit dan yang datang pada malam hari,

2. Apakah engkau mengetahui, apa yang datang pada malam hari itu?

3. (laitu) bintang yang sinaran cahayanya menembusi (kegelapan malam).

4. Sesungguhnya setiap jiwa mempunyai penjaganya.

5. Maka hendaklah manusia memikirkan, daripada apakah dia diciptakan?

6. Dia diciptakan daripada air (mani) yang memancut (ke dalam rahim).

7. Yang keluar daripada tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.

8. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

9. Pada hari didedahkan segala rahsia.

10. Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri) dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).

11. Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,

12. Dan bumi yang mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.

13. Sesungguhnya al-Quran itu adalah kata-kata yang benar, yang memisahkan antara yang haq dan yang batil,

14. Dan ia bukan kata-kata gurau senda.

15. Sesungguhnya (orang yang kafir itu) merancang tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya,

16. Dan Allah pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

17. Oleh itu, janganlah engkau mahukan segera kebinasaan orang kafir itu, berilah tempoh sedikit masa kepada mereka.


1. Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (daripada segala sifat-sifat kekurangan).

2. Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya,

3. Dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-Nya) serta memberikan petunjuk (ke jalan keselamatan dan kesempurnaannya),

4. Dan yang telah menumbuhkan rumput-rampai untuk binatang-binatang ternakan.

5. Kemudian Dia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

6. Kami akan membacakan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) maka kamu tidak akan lupa.

7. Kecuali apa yang dikehendaki Allah, sesungguhnya Dia mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi,

8. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk melaksanakan syariat yang mudah.

9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran al-Quran), kerana sesungguhnya ia bermanfaat.

10. Orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu,

English

1. By the heaven and the night-comer. 

2. And what will make you know what the night-comer is?

3. It is the bright star. 

4. There is no soul but has a guardian over it. 

5. So let man see from what he is created. 

6. He is created from a gushing fluid. 

7. Coming out from the back-bone and the ribs. 

8. Most surely He is able to bring him back (to life). 

9. The day when all secrets become known, 

10. And he will have neither power nor helper. 

11. By the sky that repeatedly sends rain down. 

12. And the earth which splits (and lets plants grow).

13. Most surely this (Qur’an) is a decisive word. 

14. And it is not a vain talk, 

15. Surely they plot a plot. 

16. And I am planning a plan.

17. Therefore give respite to the unbelievers; give them respite for a little while.


1. Glorify the Name of your Lord, the Most High.

2. Who creates, then perfects. 

3. And Who measures and guides. 

4. And Who brings forth pasture. 

5. Then makes it dark stubble.

6. We will soon make you recite (the Qur’an), then you shall not forget, 

7. Except what Allah wills. Surely He knows the manifest and the hidden. 

8. And We will gradually make your path easy for you.

9. Therefore go on reminding, surely the reminder benefits (them). 

10. He who fears will mind, 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran

Asbab-al-Nuzul