Halaman 559
Tarjuman
Bahasa Melayu
6. Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyempitkan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka sedang hamil, maka berikanlah nafkah kepada mereka sehingga mereka melahirkan anak yang dikandung. Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (daripada kedua-dua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
7. Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah (kepada isteri yang ditalak dan yang sedang menyusukan) menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak membebani seseorang melainkan (sekadar kemampuannya) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
8. Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan rasul-rasul-Nya, maka Kami hitung amal mereka satu per satu dengan hitungan yang keras, serta Kami menyeksa mereka dengan azab yang mengerikan.
9. Lalu mereka merasai kesan yang buruk daripada perbuatan derhaka mereka dan akibat daripada perbuatan mereka itu ialah satu kerugian yang besar.
10. Allah menyediakan bagi mereka azab yang berat. Maka, bertakwalah kepada Allah wahai orang yang berakal dalam kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepada kamu.
11. (Diutus) seorang rasul (Nabi Muhammad) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang beriman (yang sedia diketahui-Nya) dan beramal soleh daripada kegelapan (kesesatan) kepada cahaya (hidayah). Dan (ingatlah) sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik rezeki (pemberian).
12. Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu juga. Perintah Allah berlaku terus-menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya ilmu Allah tetap meliputi akan setiap sesuatu.
English
6. Lodge them where you lodge yourselves according to your means, and do not harm them, so as to straiten (their circumstances). And if they are pregnant, then spend on them till they give birth. Then if they give suck for you, then pay their dues and consult together in fairness. And if you mutually disagree, then let another woman give suck for him.
7. Let the man of means spend according to his means, and he whose means are restricted to him, should then spend according to what Allah has given him. Allah burdens no soul except according to what He has given it. Allah will soon give ease after hardship.
8. And how many a town rebelled against the Command of its Lord and His Messengers! Then We called it to account, to a severe account, and punished it with a severe punishment!
9. Then it tasted the calamity of its conduct, and the end of its conduct was loss.
10. Allah has prepared for them a severe agony. Therefore fear Allah, O men of understanding who have believed! Allah has indeed sent down toward you a reminder,
11. A Messenger who recites to you the clear signs of Allah that He may bring out those who believe and do righteous deeds from darkness into light. And whoever believes in Allah and does good, He will cause him to enter into Gardens beneath which rivers flow, abiding therein for ever. Allah has indeed granted him a goodly provision.
12. Allah is He Who has created seven heavens, and of the earth the like thereof. The command descends among them, that you may know that Allah has power over all things, and that Allah has indeed encompassed all things in (His) knowledge.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

