Surah Al-Talaq-j28h558

Halaman 558

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) menceraikan isteri-isteri (kamu), maka Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka (ucapan mereka), sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak menyukai (yang demikian).raikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah tempoh idah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediaman mereka (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Itulah hukum-hakam Allah (maka janganlah kamu melanggarnya). Dan sesiapa yang melanggar hukum-hakam Allah, maka sesungguhnya dia telah menzalimi diri sendiri. (Patuhilah hukum-hakam itu, kerana) engkau tidak mengetahui, barangkali Allah akan mengadakan sesuatu perkara (yang lain) sesudah itu.

2. Kemudian, apabila mereka (hampir) tamat tempoh idahnya, maka bolehlah kamu kembali kepada mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan adakanlah dua orang saksi yang adil antara kamu (semasa kamu merujuk atau melepaskannya), dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Demikianlah, diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya).

3. Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah mencukupkannya (menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Allah telah pun menetapkan ketentuan setiap sesuatu.

4. Dan wanita-wanita daripada kalangan kamu yang tidak didatangi haid lagi, jika kamu ragu-ragu (mengenai tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan, dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Wanita-wanita yang mengandung pula, tempoh idah mereka ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandung. Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

5. Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu. Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan melipat gandakan pahala baginya.

English

1. O Prophet! When you divorce women, then divorce them at their prescribed period, and count the prescribed period, and fear Allah, your Lord. And do not turn them out of their houses, nor should they go out, except they are guilty of a clear indecency. And these are the limits of Allah, and whoever transgresses the limits of Allah, he surely does injustice to his own soul. You never know, it maybe that Allah will afterward bring something new to pass. 

2. Then when they have completed their term, then retain with fairness or part from them with fairness, and take two just witnesses from among you, and give upright testimony before Allah. By that then is admonished he who believes in Allah and the Last Day. And whoever fears Allah, He will make for him a way out, 

3. And He will provide him from whence he thinks not. And whoever puts his trust in Allah, then He is Sufficient unto him. Surely Allah accomplishes His command. Allah has indeed appointed a measure for all things.

4. And as for those of your women who have passed the age of monthly courses, (or) if you are in doubt, then their period is three months, and the same with those who have no courses. And as to the pregnant women, their period is up to the time of their giving birth, and whoever fears Allah, He will make his affair easy for him.

5. This is the Command of Allah which He has sent down to you and whoever fears Allah, He will wipe off his sins from him, and He will enlarge his reward for him. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran
Asbab-al-Nuzul