Surah ‘Abasa & Surah Al-Takwir-j30h586

Halaman 586

Tarjuman
Bahasa Melayu

41. Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.

42. Mereka itu ialah orang yang kafir lagi derhaka.


1. Apabila matahari digulung cahayanya (dan hilang lenyap),

2. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak,

3. Dan apabila gunung-ganang dihancurkan (menjadi debu) yang berterbangan,

4. Dan apabila unta-unta yang bunting dibiarkan (tanpa diperah susunya),

5. Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan,

6. Dan apabila lautan dipanaskan (menyala-nyala),

7. Dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuhnya),

8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya.

9. Apakah dosanya (sehingga) dia dibunuh?

10. Dan apabila catatan amalan dibentangkan,

11. Dan apabila langit dilenyapkan (dari tempatnya),

12. Dan apabila Neraka Jahim dinyalakan (untuk musuh-musuh Allah),

13. Dan apabila syurga didekatkan (untuk orang yang bertakwa).

14. (Setelah semuanya itu berlaku), maka setiap diri akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.

15. Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang.

16. (Bintang-bintang) yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya,

17. Dan malam, apabila ia hampir di penghujung,

18. Dan subuh, apabila fajarnya mulai terang.

19. Sebenarnya (al-Quran itu), sememangnya Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan-Nya yang mulia.

20. Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai ‘Arasy.

21. Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.

22. Dan sebenarnya sahabat kamu (Muhammad) itu (wahai penduduk Makkah), dia bukanlah seorang yang gila (seperti yang kamu dakwa),

23. Dan sesungguhnya (Nabi Muhammad) telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang terang,

24. Dan dia (Nabi Muhammad) bukanlah seorang yang kedekut, untuk menyampaikan perkara-perkara yang ghaib,

25. Dan al-Quran itu (sebenarnya) bukanlah perkataan syaitan yang direjam.

26. (Dengan demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi?

27. (Al-Quran itu) tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam.

28. laitu bagi sesiapa daripada kamu yang mahu tetap di atas jalan yang lurus (Islam).

29. (Walau bagaimanapun) kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali apabila ia dikehendaki oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.

English

41. Darkness will cover them.

42. Those will be the unbelievers, the wicked. 


1. When the sun is folded up. 

2. And when the stars are dimmed. 

3. And when the mountains are made to pass away. 

4. And when the pregnant she-camels are abandoned. 

5. And when the beasts are gathered together. 

6. And when the seas boil up. 

7. And when the souls are united (with their bodies). 

8. And when the female (infant) buried alive, is asked.  

9. For what sin was she killed? 

10. And when the records (of deeds) are laid open. 

11. And when (the covering of) the heaven is stripped (and taken away from its place). 

12. And when Hell-Fire is set ablazed. 

13. And when the Garden is brought near.

14. (Then) each soul will know what it has brought forward. 

15. Then surely I call to witness the planets that recede. 

16. (by the planets) that run on and then hide. 

17. And the night when it departs. 

18. And the dawn when it brightens. 

19. Most surely this is the word of a noble Messenger, 

20. Owner of power, having rank with the Lord of the Throne,

21. Obeyed and trustworthy. 

22. And your companion (Muhammad) is not mad, 

23. And surely he (Muhammad) saw him in the clear horizon, 

24. And he is not holding back any news of the unseen. 

25. Nor is it the word of an accursed devil. 

26. Now, where will you go? 

27. This is nothing but a reminder to the people of the world.

28. For everyone among you who have the will to walk straight. 

29. And you will not, except as Allah wills, the Lord of the worlds.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran