Halaman 561
Tarjuman
Bahasa Melayu
8. Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ‘taubat nasuha’. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ketika Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya. Cahaya (iman dan amal soleh) mereka memancar di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan). Mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam kegelapan), “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
9. Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang kafir dan orang munafik, serta bertindak keraslah terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam. Itulah seburuk-buruk tempat kembali.
10. Allah mengemukakan satu perumpamaan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang kafir (berhubung rapat dengan orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu, perihal isteri (Nabi) Nuh dan isteri (Nabi) Lut. Mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh daripada hamba-hamba Kami, tetapi mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing. Maka kedua-dua suami mereka (walaupun berpangkat nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka daripada (azab) Allah. (Sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan), “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang yang masuk (ke situ).”
11. Dan Allah mengemukakan satu perumpamaan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang mukmin (berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu, perihal isteri Firaun, ketika dia berkata, “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga serta selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan ganas itu), serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”
12. Dan juga (satu perumpamaan lagi, iaitu), Maryam binti ‘Imran (ibu Nabi ‘Isa, seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (daripada disentuh oleh lelaki). (Tetapi, oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintah Jibril meniup masuk ke dalam rahimnya daripada roh (ciptaan) Kami, dan (sekalipun Maryam itu hidup antara kaum kafir) dia tetap membenarkan kalimah-kalimah Tuhannya dan kitab-kitab-Nya serta dia termasuk dalam golongan orang yang taat.
English
8. O you who believe! Turn to Allah in sincere repentance maybe your Lord will wipe off your sins from you and cause you to enter Gardens beneath which rivers flow, the day that Allah will not disgrace the Prophet and those who believe with him. Their Light will run before of them and on their right hands they will say: “Our Lord! Perfect for us our light, and forgive us, surely You have power over all things.”
9. O Prophet! Strive hard against the unbelievers and the hypocrites, and be strict against them. And their abode is Hell, an evil refuge is that.
10. Allah sets forth, for those who disbelieve, the example of the wife of Nuh’ and the wife of Lut,. They were under two men out of our righteous servants, but they acted treacherously towards them, so they availed them nothing against Allah. And it was said: “Enter both into the Fire with those who enter.”
11. And Allah sets forth, for those who believe, the example of the wife of Pharaoh, when she said “My Lord! Build for me a house with You in the Garden, and save me from Pharaoh and his doing, and save me from the wrongdoing people,
12. And (Allah sets forth the example of) Maryam, daughter of ‘Imran, who guarded her chastity, so We breathed into her (womb) of Our Spirit and she accepted the truth of the words of her Lord, and His Books, for she was one of the devoted.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

