j28h560-Surah Al-Tahrim

Halaman 560

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Wahai Nabi! Mengapa engkau mengharamkan (dengan bersumpah tidak akan menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah untukmu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? Allah sememangnya Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

2. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada kamu (wahai Nabi dan umat Islam supaya) melepaskan diri daripada sumpah kamu (dengan membayar kifarat). Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

3. Dan (ingatlah) ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang daripada isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada salah seorang madunya), dan Allah mendedahkan hal itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (daripada rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak menjadi terlalu malu). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya, “Siapakah yang memberitahu hal ini kepada tuan?” Nabi menjawab, “Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi).”

4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua tolong-menolong untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, maka (yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah pelindungnya. Selain daripada itu, Jibril, orang yang soleh daripada kalangan orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.

5. Jika (Nabi) menceraikan kamu, semoga Tuhannya akan menggantikan kepadanya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman (ikhlas), yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadah, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan anak dara.

6. Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

7. (Malaikat itu akan berkata kepada orang yang dimasukkan ke dalam neraka), “Wahai orang yang kafir! Janganlah kamu mengemukakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan apa yang kamu telah kerjakan.”

English

1. O Prophet! Why do you prohibit (for yourself) that which Allah has made lawful to you, seeking to please your wives? And Allah is Often Forgiving, Most Merciful. 

2. Allah has indeed made for you (O men) the lawful absolution of your oaths, and Allah is your Protector, and He is the All-Knowing, the All-Wise. 

3. And when the Prophet disclosed a matter in confidence to one of his wives, then when she informed (others) about it, and Allah made it known to him, he told her part and kept back part thereof. Then when he informed her about it, she said: “Who has informed you of this?” He said: “He has informed me (who is) All-Knowing, Well-Acquainted.” 

4. If you two turn to Allah (it would be well), because your hearts have already inclined but if you back up each other against him, then surely He, Allah, is his Protector, and Jibra’il, and the pious (among) the believers and after that, the angels are his helpers. 

5. It may be If he divorces you, his Lord will give him instead of you, wives better than you, obedient, faithful, devoted, repentant, worshipping (Him), fasting, previously married and virgins. 

6. O you who believe! Save yourselves and (the souls of) your families from a Fire whose fuel is men and stones, (and) upon which are angels, stern and severe, who disobey not what Allah commands them and who do what they are commanded. 

7. “O you who disbelieve! Make no excuses this day. You are only requited for what you did.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul
Khulasah Al-Quran