Halaman 488
Tarjuman
Bahasa Melayu
45. Dan engkau juga akan melihat mereka dihadapkan kepada neraka dalam keadaan tunduk lantaran kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana terlalu takut). Orang yang beriman pula berkata, “Sesungguhnya orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih kederhakaan di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang yang zalim itu berada dalam azab yang kekal.”
46. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai sebarang penolong selain daripada Allah yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah dan membawanya ke syurga di akhirat kelak).
47. Patuhilah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman) sebelum datangnya hari (kiamat) yang tidak dapat ditolak (ketibaannya) daripada Allah. Pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (daripada azab-Nya) dan kamu pula tidak ada sebarang alasan untuk menafikan (dosa-dosa yang kamu telah lakukan).
48. Oleh itu, jika mereka berpaling, (tidak mahu mematuhi seruan itu), maka Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka. Tugas engkau hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). (Ingatlah) sesungguhnya apabila Kami merasakan ke atas manusia sesuatu rahmat daripada Kami, maka dia bergembira dengannya. (Sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan nikmat yang diperolehnya). Sesungguhnya manusia itu amat ingkar (tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya).
49. Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
50. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya iaitu anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga memandulkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
51. Tidaklah layak bagi seseorang manusia untuk Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi (keadaan-Nya) lagi Maha Bijaksana.
English
45. And you will see them brought before it (the Fire) with their eyes cast down because of the disgrace, looking with a stealthy glance. And those who believe will say: “Surely the losers are those who lose themselves and their families on the Day of Resurrection. Is it not a fact that the wrongdoers are in a lasting torment?”
46. And they have no protectors to help them besides Allah, and he whom Allah leaves to go astray, there is then no way (left) for him.
47. Respond to your Lord before there comes from Allah a Day which cannot be averted. There will be no place of refuge for you on that Day, nor will there be for you any room for denial.
48. But if they turn away, then We have not sent you as a guardian over them. Surely you are responsible for nothing but the (delivery of the) message. And surely when We cause man to taste of Our Mercy, he rejoices therein, but if evil (ills etc) befalls them because of what their hands have sent forward, then surely man (becomes) ungrateful.
49. To Allah belongs the kingdom of the heavens and the earth. He creates what He wills. He grants females (daughters) to whom He wills, and He grants males (sons) to whom He wills.
50. Or He bestows both males and females, and He makes whom He wills barren. Surely He is Knowing, Powerful.
51. And it is not given to any man that Allah should speak to him except by inspiration, or from behind a veil, or He sends a Messenger who then reveals by His command what He wills. Surely He is the Most High, the All-Wise.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


