j25h485-Surah Al-Syura

Halaman 485

Tarjuman
Bahasa Melayu

16. Orang yang menyangkal dan membantah tentang kebenaran agama Allah sesudah agama itu diterima (diimani dan dinyatakan mukjizatnya), maka bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Mereka pula ditimpa kemurkaan (daripada Allah) serta mereka beroleh azab yang sangat keras.

17. Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran dan neraca (keadilan). Tahukah engkau (wahai Muhammad), boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya)?

18. Orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya dan (sebaliknya) orang yang beriman merasa takut kepadanya serta mereka meyakini bahawa kiamat itu adalah benar. Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, benar-benar berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.

19. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

20. Sesiapa yang menghendaki (dengan amalnya) mendapat keuntungan (pahala) di akhirat, maka Kami akan menambah keuntungan itu baginya. Sesiapa yang menghendaki (dengan amalnya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami berikan kepadanya sebahagian daripada kebaikan dunia itu dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

21. Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (selain Allah) yang mensyariatkan mana-mana bahagian daripada agama kepada mereka sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah? Sekiranya tidak kerana adanya ketetapan yang menjadi pemutus (daripada Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa tertentu), tentulah mereka telah dibinasakan. Sesungguhnya orang yang zalim itu akan beroleh azab yang amat pedih.

22. (Pada hari kiamat kelak) engkau akan melihat orang yang zalim merasa takut kerana kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan (semasa di dunia), sedangkan azab itu tetap menimpa mereka. Manakala orang yang beriman dan beramal soleh (bersenang-lenang) di dalam taman-taman syurga, mereka beroleh apa sahaja yang mereka inginkan di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu ialah limpah kurniaan yang besar.

English

16. And those who dispute about Allah after having accepted His command, their dispute is in vain in the sight of their Lord, and on them is wrath, and for them will be a severe torment.

17. Allah is He who has sent down the Book in truth, and the balance. And what will make you know that perhaps the Hour may be very close?

18. Those who believe not therein seek to hasten it, but those who believe are in fear from it, and they know that it is the truth. Behold! Verily those who dispute about the Hour have gone far astray.

19. Allah is Gracious to His servants. He provides sustenance to whom He wills, for He is the All-Strong, the All-Mighty.

20. Whoever desires the harvest of the Hereafter, We give him increase in its harvest, and whoever desires the harvest of this world, We give him thereof, but no share has he in the Hereafter.

21. Or have they any partners who have established for them a religion without the permission of Allah? And had it not been for a decisive word (gone forth already), surely the matter would have been decided between them. And surely as for the wrongdoers, there is a painful torment for them.

22. You will see the wrongdoers standing in fear of what they have earned, and it will surely befall them. And those who believe, and do righteous deeds will be in the meadows of the Gardens, they will have whatever they wish with their Lord. That is the great grace.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi