j19h376-Surah Al-Syu’ara’

Halaman 376

Tarjuman
Bahasa Melayu

207. (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati (bertahun-tahun) itu tidak dapat memberikan mereka sebarang faedah.

208. Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, rasul-rasul pemberi peringatan.

209. (Peringatan-Ku) memperingatkan mereka, dan Kami sekali-kali tidak berlaku zalim.

210. Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan.

211. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

212. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu (yang dibawa oleh Jibril).

213. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain di samping Allah, akibatnya engkau akan menjadi daripada golongan yang dikenakan azab.

214. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

215. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu daripada orang yang beriman.

216. Kemudian jika mereka ingkar kepadamu, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu lakukan!”

217. Dan bertawakallah kepada Allah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang,

218. Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan solat),

219. Dan (melihat) gerak-gerimu antara orang yang sujud.

220. Sesungguhnya Dia-lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

221. Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun?

222. Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

223. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu), sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta.

224. Ahli-ahli syair itu diturut oleh golongan yang sesat.

225. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka mengembara di tiap-tiap lembah (dengan berkhayal dan angan-angan kosong)?

226. Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

227. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh (daripada kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah sebanyak-banyaknya, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. (Ingatlah), orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak ke tempat mana mereka akan kembali.

English

207. Then that which they enjoyed will not avail them. 

208. And We have never destroyed any town, but it had its warners, 

209. To remind, and We are never unjust.

210. And the Evil Ones have not brought it (the Qur’an),

211. Neither is it proper for them, nor have they the power to do so.

212. Most surely they have been removed far from hearing it. 

213. Therefore call not upon any other god with Allah, lest you be of those who receive punishment.

214. And warn your near kindred, 

215. And be kind and humble to those who follows you from among the believers.

216. Then if they disobey you, then say: “Surely I am free from what you do.” 

217. And put your trust in the All-Mighty, the Most Merciful, 

218. Who sees you when you stand up (to pray),

219. And see your movements among those who prostrate themselves.

220. Surely He, only He, is the All-Hearing, the All-Knowing.

221. Shall I inform you upon whom the Evil Ones descend? 

222. They descend upon every lying, sinful one,

223. They incline their ears (to them), and most of them are liars.

224. And as for the poets, the erring follow them. 

225. Do you not see that they wander in every valley (they speak about every subject in their poetry)?

226. And that they say what they do not do? 

227. Except those who believe, and do righteous deeds, and remember Allah much, and defend themselves after being unjustly treated. And those who do wrong will soon find out by what overturning they will be overturned.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi