Halaman 374
Tarjuman
Bahasa Melayu
160. (Demikian juga) kaum (Nabi) Lut telah mendustakan rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
161. Ketika saudara mereka, Lut berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?”
162. “Sesungguhnya aku ini rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.”
163. “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.”
164. “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (daripada Tuhanku). Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
165. “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki daripada kalangan manusia,”
166. “Dan kamu meninggalkan isteri-isteri kamu yang dijadikan oleh Allah untuk kamu? Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas!”
167. Mereka menjawab “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
168. Lut berkata, “Sesungguhnya aku daripada orang yang membenci perbuatan kamu yang keji itu.”
169. (Lut berdoa), “Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dan keluarga serta pengikut-pengikutku daripada apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.”
170. Maka Kami selamatkannya dan keluarganya serta para pengikutnya semuanya,
171. Kecuali seorang wanita tua (isteri Lut) tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
172. Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
173. Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan). Maka amatlah buruk hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
174. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah). Namun, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
175. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia-lah sahaja yang Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang.
176. (Demikian juga) penduduk ‘Aikah’ telah mendustakan rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
177. Ketika (Nabi) Syu’aib berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?”
178. “Sesungguhnya aku ini rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.”
179. “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.”
180. “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (daripada Tuhanku). Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
181. “Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.”
182. “Dan timbanglah dengan neraca yang tepat timbangannya.”
183. “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.”
English
160. The people of Lut rejected the Messengers.
161. When their brother Lut said to them: “Will you not fear (Allah)?
162. Surely I am a trustworthy Messenger to you,
163. Therefore fear Allah, and obey me.
164. And I ask you not for any reward for it, my reward is only with the Lord of the worlds.
165. Do you approach males out of the people of the world,
166. And leave your wives whom Allah has created for you? Indeed, you are people exceeding the limit.”
167. They said: “Surely if you desist not, O Lut! you will surely be expelled.”
168. He said: “Surely I disapprove your action (of sodomy).
169. My Lord! Save me and my family from what they do.”
170. So We saved him and his family, all,
171. Except an old woman among those who remained behind.
172. Then We destroyed the others.
173. And We rained upon them a rain, and how evil was the rain on those who were warned.
174. Surely there is a sign in this, but most of them believe not.
175. And most surely He, your Lord, is the All-Mighty, the Most Merciful.
176. The people of the Wood (Aikah) rejected the Messengers.
177. When Shu‘ayb said to them: “Will you not fear (Allah)?
178. Surely I am a trustworthy Messenger to you,
179. Therefore fear Allah, and obey me.
180. And I ask you not for any reward for it, my reward is only with the Lord of the worlds.
181. Give full measure, and be not of those who give less.
182. And weigh with the true balance.
183. And defraud not men of their goods, and act not corruptly in the land, doing evil.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

