j19h373-Surah Al-Syu’ara’

Halaman 373

Tarjuman
Bahasa Melayu

137. “Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang dahulu kala,

138. “Dan kami pula tidak akan diseksa.”

139. Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami membinasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah). Dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

140. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia-lah sahaja Yang Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang.

141. (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),

142. Ketika saudara mereka, (Nabi) Soleh berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?”

143. “Sesungguhnya aku ini rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

144. “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.”

145. “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (daripada Tuhanku). Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

146. “Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dengan nikmat-nikmat yang ada di dunia ini?”

147. “Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan mata air-mata air (yang mengalir),”

148. “Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?”

149. “Dan kamu memahat sebahagian daripada gunung-ganang sebagai tempat tinggal dengan mahir dan bersungguh-sungguh?”

150. “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku,”

151. “Dan janganlah kamu taat kepada perintah orang yang melampaui batas,”

152. “laitu orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan.”

153. Mereka menjawab “Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang daripada golongan yang kena sihir!”

154. “Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami. Oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika engkau sememangnya daripada orang yang benar.”

155. Soleh berkata, “Ini adalah seekor unta betina, ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air, dan kamu mempunyai giliran lain untuk mendapatkan air mengikut hari tertentu.”

156. “Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya. (Jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab pada hari yang besar (huru-haranya).”

157. Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).

158. Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah). Dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

159. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia-lah sahaja Yang Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang.

English

137. This is nothing but a custom of the ancients. 

138. And we are not going to be punished.” 

139. So they rejected him, therefore We destroyed them. Surely in this there is a sign, but most of them do believe not. 

140. And most surely He, your Lord, is the All-Mighty, the Most Merciful. 

141. Thamud (people) rejected the Messengers. 

142. When their brother Salih said to them: “Will you not fear (Allah)?

143. Surely I am a trustworthy Messenger to you,

144. Therefore fear Allah, and obey me. 

145. And I ask you not for any reward for it, my reward is only with the Lord of the worlds. 

146. Will you be left secure in that which you have here?

147. In gardens and springs,

148. And fields (of corn) and palm-trees with tender spadix? 

149. And you hew out houses in the mountains with great skill. 

150. Therefore fear Allah, and obey me, 

151. And obey not the command of the extravagant,

152. Who commit evil in the land, and reform not.” 

153. They said: “You are but one of the bewitched. 

154. You are merely a man like us, therefore bring us a sign, if you are of the truthful.” 

155. He said: “Here is a she-camel, she has the right to drink (water), and you have the right to drink (water) on an appointed day.

156. Therefore harm her not, lest the torment of a Great Day overtake you.” 

157. But they hamstrung her, then they became regretful.

158. So the torment overtook them. Surely there is a sign in this, but most of them believe not.

159. And He, your Lord, is the All-Mighty, the Most Merciful. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi