j19h372-Surah Al-Syu’ara’

Halaman 372

Tarjuman
Bahasa Melayu

112. Nuh berkata, “Bagaimana aku mengetahui apa yang mereka telah kerjakan?”

113. “Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku. Kalaulah kamu menyedarinya (kamu tidak berkata demikian).”

114. “Dan aku tidak akan menghalau orang yang beriman (daripada bergaul denganku).”

115. “Aku ini hanyalah seorang rasul pemberi peringatan yang nyata (kepada semua tidak kira hina mulia).”

116. Mereka (mengugut dengan) berkata, “Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyebarkan agamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi daripada orang yang direjam!”

117. Nuh berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan aku.”

118. “Oleh itu, buatlah satu keputusan antaraku dengan mereka dengan satu keputusan yang tegas, serta selamatkanlah aku dan orang yang beriman yang bersama-sama denganku.”

119. Maka Kami menyelamatkannya dan orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan muatan daripada pelbagai makhluk).

120. Kemudian, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).

121. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah). Namun, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

122. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia-lah sahaja Yang Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang.

123. (Demikian juga) kaum ‘Ad telah mendustakan rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

124. Ketika saudara mereka, Hud berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?”

125. “Sesungguhnya aku ini seorang rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.”

126. “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.”

127. “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (daripada Tuhanku). Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

128. “Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.”

129. “Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak hidup kekal selama-lamanya?”

130. “Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?”

131. “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.”

132. “Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmat-Nya yang kamu sedia mengetahuinya.”

133. “Diberinya kamu binatang-binatang ternakan (yang membiak) serta anak pinak (yang ramai),”

134. “Dan taman-taman (yang indah permai) serta mata air-mata air (yang mengalir).

135. “Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (huru-haranya).”

136. Mereka menjawab, “Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat, atau engkau tidak menjadi orang yang memberi nasihat.”

English

112. He said: “How do I know what they used to do?

113. Their account is with my Lord only, if you only know. 

114. And I am not going to drive away the believers.

115. I am but a clear warner.” 

116. They said: “Surely if you desist not, O Nuh! You shall certainly be stoned (to death).” 

117. He said: “My Lord! Surely my people have rejected me. 

118. Therefore judge between me and them, and save me and all the believers who are with me.” 

119. Therefore We saved him and those with him in the laden ship. 

120. Then We drowned thereafter those who remained behind. 

121. Surely there is a sign in this, but most of them believe not.

122. And most surely He, your Lord, is the All-Mighty, the Most Merciful.

123. ‘Ad rejected the Messengers. 

124. When their brother Hud said to them: “Will you not fear (Allah)? 

125. Surely I am a trustworthy Messenger to you,

126. Therefore fear Allah, and obey me. 

127. And I ask you not for any reward for it, my reward is only with the Lord of the worlds.

128. Do you build on every monument on every high place for no use at all?

129. And you make strongholds as if you will last forever. 

130. And when you seize (men), you seize as tyrants? 

131. Therefore fear Allah, and obey me. 

132. And fear Him who has provided you with what you know.

133. He has provided you with cattle and sons, 

134. And gardens and springs, 

135. Surely I fear for you the torment of a Great Day.” 

136. They said: “It is the same to us whether you admonish (us) or be not of those who admonish. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi