Halaman 371
Tarjuman
Bahasa Melayu
84. “Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang dipuji) dalam kalangan orang yang datang kemudian,”
85. “Dan jadikanlah aku daripada orang yang mewarisi Syurga al-Na’im (syurga yang penuh nikmat).”
86. “Dan ampunkanlah bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah daripada orang yang sesat,”
87. “Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula,”
88. “Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun,”
89. “Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan perbuatan munafik),”
90. “Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang yang bertakwa,”
91. “Dan diperlihatkan neraka Jahim (secara nyata) kepada orang yang sesat,”
92. Serta dikatakan kepada mereka, “Di manakah benda-benda yang kamu sembah dahulu,”
93. “Selain Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong diri mereka sendiri?”
94. Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap bersama orang yang sesat,
95. Termasuk juga bala tentera Iblis semuanya.
96. Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka,
97. “Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) berada dalam kesesatan yang nyata,”
98. “Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam,”
99. “Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.”
100. “(Dengan sebab itu), tiadalah kami beroleh sesiapa pun yang memberi pertolongan,”
101. “Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.”
102. “Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi daripada orang yang beriman.”
103. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya). Namun, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
104. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia-lah sahaja Yang Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang.
105. (Demikian juga) kaum (Nabi) Nuh telah mendustakan rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
106. Ketika saudara mereka, Nuh berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?”
107. “Sesungguhnya aku ini ialah rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.”
108. “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.”
109. “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (daripada Tuhanku). Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
110. “Maka (dengan yang demikian), takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.”
111. Mereka menjawab, “Patutkah kami percaya kepadamu, sedangkan engkau semata-mata diikut oleh orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?”
English
84. And make for me a goodly mention on the tongue of truth among later generations,
85. And make me of the heirs of the Garden of Bliss,
86. And forgive my father, for he is of those who are astray.
87. And put me not to shame on the Day they are raised up.
88. The Day when neither wealth nor sons will avail,
89. Except him who comes to Allah with a sound heart.”
90. And the Garden will be brought near for the pious,
91. And (Hell) Fire will be made manifest to the erring ones.
92. And it shall be said to them: “Where are those that you used to worship,
93. Besides Allah? Can they help you or help themselves?”
94. Then they will be thrown on their faces into it, they and the erring ones,
95. And the hosts of Iblis, together.
96. They will say while they are quarrelling therein.
97. “By Allah, we were surely in a clear error,
98. When we held you as equal with the Lord of the worlds.
99. And none but the sinners led us astray,
100. And now we have no intercessors,
101. Nor a single close friend.
102. If only we could have another turn, then we might be of the believers.”
103. Surely, there is a sign in this, but most of them believe not.
104. And most surely He, your Lord, is the All-Mighty, the Most Merciful.
105. The people of Nuh rejected the Messengers.
106. When their brother Nuh said to them: “Will you not fear (Allah)?
107. Surely I am a trustworthy Messenger to you,
108. Therefore fear Allah, and obey me.
109. And I ask you not for any reward for it, my reward is only with the Lord of the worlds.
110. Therefore fear Allah, and obey me,”
111. They said: “Shall we believe in you, when the worst among us follow you?”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

