Surah Al-Syu’ara’-j19h370

Halaman 370

Tarjuman
Bahasa Melayu

61. Ketika kedua-dua kumpulan itu saling melihat, para pengikut Musa berkata, “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan.”

62. Musa menjawab, “Sekali-kali tidak akan berlaku demikian! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pertolongan-Nya). Dia akan menunjuk jalan kepadaku.”

63. Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu.” (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

64. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu (tentera Firaun) ke situ.

65. Dan Kami selamatkan Musa serta semua orang yang bersama dengannya.

66. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).

67. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah). (Dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

68. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia-lah sahaja Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

69. Bacakanlah pula kepada mereka perihal (Nabi) Ibrahim.

70. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “Apa yang kamu sembah?”

71. Mereka menjawab, “Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya.”

72. Ibrahim bertanya, “Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?”

73. “Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?”

74. Mereka menjawab, “Bahkan (sebenarnya) kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian.”

75. Ibrahim berkata, “Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak faedahnya benda-benda yang kamu sembah itu?”

76. “(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?”

77. “(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhku, tetapi (aku hanya menyembah) Allah Tuhan sekalian alam.”

78. “Tuhan Yang menciptakan aku (daripada tiada kepada ada), maka Dia-lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku.”

79. “Dan Tuhan yang Dia-lah jua memberiku makan dan memberi minum.”

80. “Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan penyakitku.”

81. “Dan (Dia-lah) yang mematikan aku, kemudian Dia menghidupkan aku.”

82. “Dan (Dia-lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat.”

83. “Wahai Tuhanku, berikanlah aku hikmah (ilmu pengetahuan mengenai agama) dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang soleh,”

English

61. And when the two hosts saw each other, the companions of Musa said: “Surely we are caught.” 

62. (Musa) said: “Never! Surely my Lord is with me, He will soon guide me.” 

63. Then We revealed to Musa, saying: “Strike the sea with your stick.” And it parted, and each separate part was like a huge mountain.

64. And We brought the other party closer.

65. And We saved Musa and all those who were with him.

66. And then We drowned the others.

67. Surely there is a sign in this, but most of them believed not.

68. And most certainly He, your Lord, is the All-Mighty, the Most Merciful.

69. And recite to them the story of Ibrahim.

70. When he said to his father and his people: “What do you worship?”

71. They said: “We worship idols, and we are totally devoted to them.” 

72. He said: “Do they hear you when you call (upon them)? 

73. Or do they do you good or do you harm?” 

74. They said: “Nay, but we found our fathers doing so.” 

75. He said: “Have you then considered what you have been worshiping,

76. You and your fathers of old? 

77. Surely they are my enemies, except the Lord of the worlds,

78. Who created me, and it is He who guides me, 

79. And He who gives me to eat, and gives me to drink, 

80. And when I am sick, it is He who heals me,

81. And who will cause me to die, and then will bring me to life,

82. And who, I hope, will forgive me my sins on the Day of Judgement.

83. My Lord! Grant me wisdom, and join me with the righteous. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi