Halaman 367
Tarjuman
Bahasa Melayu
1. Ta, Sin, Mim.
2. Ini ialah ayat-ayat Kitab (al-Quran) yang nyata.
3. Boleh jadi engkau (wahai Muhammad) akan membinasakan dirimu (dengan menanggung dukacita), kerana mereka tidak menjadi orang yang beriman.
4. Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
5. Tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baru daripada (Allah) al-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.
6. Oleh kerana mereka telah mendustakan al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejekkan itu.
7. (Masihkah mereka berdegil) dan tidak memperhatikan bumi, betapa banyak Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang baik (yang memberi banyak manfaat)?
8. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah). (Namun begitu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.
9. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dialah sahaja Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.
10. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru (Nabi) Musa, “Pergilah engkau kepada kaum yang zalim,”
11. “laitu kaum Firaun, tidakkah mereka mahu mengawal diri daripada kemurkaan-Ku?”
12. Musa merayu dengan berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan aku.”
13. “Dan akan sempit pula dadaku (bimbang) serta tidak lancar lidahku (untuk berucap). Oleh itu, utuskanlah (Jibril) kepada Harun (supaya dia membantuku).”
14. “Mereka juga ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku. Oleh itu, aku takut mereka akan membunuh aku.”
15. Allah berfirman, “Jangan takut (akan berlakunya apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu, pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu). Sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu sentiasa mendengar.”
16. “Maka pergilah kamu berdua kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya, ‘Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam,”
17. “Bebaskanlah kaum Bani Israel pergi bersama kami.”
18. Firaun menjawab, “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau bayi yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal bersama kami beberapa tahun daripada umurmu?”
19. “Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau daripada orang yang tidak mengenang budi?”
English
1. Ta, Sin, Mim.
2. These are the verses of the clear Book.
3. Perhaps you will kill yourself with grief because they believe not.
4. If We will, We could send down upon them a sign from the sky, so that their necks would bow down before it.
5. And never comes to them a new reminder from the Most Gracious, but they turn away from it.
6. Now surely they have rejected (the message), so the tidings of what they mocked at will soon come to them.
7. Do they not look at the earth, how many kinds of magnificent things have We caused to grow in it?
8. Surely, there is a sign in this but most of them believe not.
9. And most surely He, your Lord, is the All-Mighty, the Most Merciful.
10. And (remember) when your Lord called Musa, (saying): “Go to the wrongdoing people.
11. The people of Pharaoh, will they not fear Allah?”
12. He said: “My Lord! I fear that they will reject me,
13. And my chest straitens, and my tongue may not express well, therefore send Harun.
14. And they have a charge of crime against me, so I fear that they may kill me.”
15. (Allah) said: “Never! Therefore go both of you with Our signs. Surely We will be with you, listening.
16. So (they both) go to Pharaoh and say: ‘Surely we have been sent by the Lord of the worlds,
17. Send the Children of Isra’il with us.’”
18. (Pharaoh) said: “Did we not bring you up as a child among us, and did you not stay with us many years of your life?
19. And you did (that) deed of yours which you did, and you are of the ungrateful?”
Mandarin

Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran


