Al-Balad, Surah Al-Syams & Al-Lail-j30h595

Halaman 595

Tarjuman
Bahasa Melayu

19. Dan (sebaliknya) orang yang kafir ingkar akan ayat-ayat Kami, merekalah golongan pihak kiri.

20. Mereka ditimpakan (azab) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat pembakarannya).


1. Demi matahari dan sinar cahayanya di pagi hari,

2. Dan bulan apabila ia mengiringinya,

3. Dan siang apabila ia (semakin) terang-benderang,

4. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap-gelita).

5. Demi langit dan pembinaannya.

6. Demi bumi dan hamparannya.

7. Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiannya).

8. Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketakwaan.

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya,

10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.

11. (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (rasul-Nya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas.

12. Ketika bangkit orang yang sehabis-habis jahat antara mereka memimpin mereka.

13. Maka berkatalah utusan Allah (Nabi Soleh) kepada mereka, “(Janganlah kamu ganggu) unta betina daripada Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”

14. Lalu mereka mendustakan (pesanan) rasul serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga hancur binasa kesemuanya),

15. Dan Allah tidak menghiraukan kesudahan (mereka) yang sedemikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).


1. Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelita),

2. Dan siang apabila terang-benderang.

3. Demi Yang menciptakan lelaki dan perempuan, (jantan dan betina).

4. Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

5. Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya),

6. Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik.

7. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).

8. Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,

9. Dan dia mendustakan perkara yang baik.

English

19. But as for those who disbelieve in Our signs, they are the companions of the left hand. 

20. Fire will surround them on all sides


1. By the sun and its brightness. 

2. And by the moon that follows it. 

3. And by the day when it shows up (i.e. the sun’s brightness). 

4. And by the night when it covers it. 

5. And by the heaven and Him who built it. 

6. And by the earth and Him who spread it. 

7. And by the soul (Adam) and Him who perfected it. 

8. Then He taught it the way of its ruin and the way of its safety. 

9. Surely he succeeds who purifies it. 

10. And surely he fail who corrupts it. 

11. Thamud rejected the truth with utter transgression. 

12. When the worst wicked man among them was dispatched (to kill the she-camel). 

13. Then the Messenger of Allah told them: “It is the she-camel of Allah, so let her drink!” 

14. But they rejected him and hamstrung her. Then their Lord destroyed them because of their sin, and He levelled them all (with the ground). 

15. For He does not fear (any) consequence.


1. By the night when it darkens. 

2. By the day when it brightens. 

3. By what He has created of male and female.

4. Most surely your strivings are for different objects. 

5. Then as for him who gives (in charity) and fears (Allah).

6. And believes in virtue (the reward of paradise). 

7. Then We will make him reach the happy end by gradual stages. 

8. But as for him who is miserly and considers himself self-sufficient (of Allah). 

9. And disbelieves in virtue (the reward of paradise). 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran