Surah Al-Sajdah-j21h415

Halaman 415

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Alif, Lam, Mim.

2. Penurunan al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya daripada Tuhan (yang memelihara dan mentadbir) sekalian alam.

3. Tetapi mengapa mereka mengatakan, “Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan al-Quran menurut rekaannya.” (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan al-Quran ialah perkara yang benar daripada Tuhanmu, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum(mu) yang telah lama tidak didatangi seorang pemberi ingatan dan amaran, supaya mereka beroleh petunjuk.

4. Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidaklah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

5. Dia mengatur (segala) urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu masa yang kadarnya adalah seribu tahun (di dunia) mengikut perhitunganmu.

6. Yang demikian (sifatnya) ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan yang nyata, Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

7. Yang menciptakan setiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakan-Nya kejadian manusia berasal daripada tanah.

8. Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu daripada nutfah (air mani) iaitu air yang hina.

9. Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan padanya roh ciptaan-Nya serta Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

10. Dan mereka (yang kafir) itu berkata, “Adakah apabila kami telah hilang lenyap di dalam tanah, kami akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru?” Bahkan mereka mengingkari pertemuan dengan Tuhan mereka.

11. Katakanlah (wahai Muhammad), “(Nyawa kamu) akan diambil oleh malaikat maut yang ditugaskan berbuat demikian (ketika sampai ajal kamu), kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan).”

English

1. Alif, Lam, Mim.

2. The revelation of this Book in which there is no doubt, is from the Lord of the worlds.

3. Or do they say, “He has forged it?” No, it is the truth from your Lord, in order that you may warn a people to whom no warner has come before you, that they may be guided.

4. Allah is He who has created the heavens and the earth and what is between them in six periods (lit. days), then He established Himself on the Throne (of His Infinite Might). You have no protector or intercessor besides Him. Will you not then take heed?

5. He plans the affairs from the heaven to the earth, and then it ascends to Him in a day, the length of which is a thousand years according to your reckoning.

6. Such is the Knower of the unseen and the seen, the Mighty, the Merciful.

7. Who perfected everything He has created, and He began the creation of man from clay.

8. Then He made his progeny from an extract of despised fluid.

9. And then He perfected him, and breathed into him the soul, and He gave you the hearing and the eyesight and the hearts. Little thanks do you give.

10. And they say: “What! when we are lost in the earth (dead), shall we then be in a new creation?” No, they deny the meeting with their Lord.

11. Say: “The angel of death who is in charge of you, will cause you to die, then to your Lord you shall be brought back.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q
Khulasah Al-Quran