Surah Al-Saffat-j23h451

Halaman 451

Tarjuman
Bahasa Melayu

127. Maka mereka mendustakannya. Akibatnya, mereka tetap akan diseret (untuk diseksa),

128. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (daripada sebarang syirik, maka mereka terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).

129. Dan Kami abadikan baginya (Nabi Ilyas) (nama yang dikenang) dalam kalangan orang yang datang kemudian.

130. “Salam sejahtera kepada Ilyas!”

131. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berbuat baik.

132. Dan sesungguhnya (Ilyas) itu termasuk daripada hamba-hamba Kami yang beriman.

133. Dan sesungguhnya (Nabi) Lut adalah daripada rasul-rasul (Kami) yang diutus.

134. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Kami selamatkannya dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,

135. Kecuali seorang perempuan tua (isterinya) tertinggal bersama golongan yang dibinasakan.

136. Kemudian Kami hancurkan orang yang lain (orang yang ingkar).

137. Dan Sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad) benar-benar akan melalui (kesan-kesan kebinasaan tempat tinggal) mereka pada waktu pagi.

138. Dan juga pada waktu malam. Maka, mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?

139. Dan sesungguhnya (Nabi) Yunus adalah daripada rasul-rasul (Kami) yang diutus.

140. (Ingatkanlah peristiwa) ketika dia melarikan diri ke kapal yang penuh muatan.

141. (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu dia termasuk daripada orang yang kalah undi (yang dilemparkan ke laut).

142. Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela (akibat meninggalkan dakwahnya).

143. Maka kalaulah sekiranya dia bukan daripada orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

144. Nescaya dia akan tinggal di dalam perut ikan itu sehingga ke hari manusia dibangkitkan dari kubur.

145. Oleh itu, Kami campakkannya dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedangkan dia dalam keadaan sakit.

146. Dan Kami tumbuhkan (untuk mengubatinya) sebatang pohon labu air (berdaun lebar).

147. Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.

148. (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan).

149. (Oleh sebab ada antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu, “Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?”

150. “Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu sebagai perempuan?”

151. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya disebabkan terpesongnya mereka daripada kebenaran, mereka berkata,

152. “Allah beranak.” Sedangkan mereka sesungguhnya adalah orang yang berdusta!

153. Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan daripada anak-anak lelaki (sedangkan kedua-dua jenis itu Dia-lah yang menciptakannya)?

English

127. But they rejected him, so they will surely be brought forth (for punishment).

128. Except the sincere servants of Allah.

129. And We left for him (honour) among the later generations.

130. Peace be with Ilyasin.

131. Surely it is thus We reward the doers of good.

132. Surely He was one of our believing servants.

133. And most surely Lut was among the Messengers.

134. (Remember) when We saved him and his family altogether.

135. Except an old woman who was among those who stayed behind.

136. Then We destroyed the others.

137. And surely you pass by them at day-time,

138. And at night-time. Will you not then understand?

139. And most surely Yunus was among the Messengers.

140. When he fled to a laden ship.

141. So they cast lots, and he was among the loser.

142. Then a (big) fish swallowed him, and he was the one to blame.

143. But had it not been that he was one of those who glorify (Allah),

144. He would certainly have remained in the belly (of the big fish) till the Day of Resurrection.

145. But We cast him on a desert shore while he was sick.

146. And We caused a gourd-plant to grow over him,

147. And We sent him to a hundred thousand or more.

148. Then they believed, so We made them to enjoy themselves for a while.

149. Then ask them to reply: “Are there (only) daughters for your Lord, while they have sons?”

150. Did We create the angels to be females, and did they witness it?

151. Surely it is of their falsehood, indeed, (that) they say.

152. That Allah has children? And most certainly they are liars.

153. Has He chosen daughters against sons?

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi