Halaman 450
Tarjuman
Bahasa Melayu
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan (Nabi) Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya (Nabi Ismail),
104. Lalu Kami menyerunya, “Wahai Ibrahim!”
105. “Engkau telah membenarkan mimpi itu.” Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berbuat baik.
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.
107. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.
108. Dan Kami abadikan baginya (nama yang dikenang) dalam kalangan orang yang datang kemudian.
109. “Salam sejahtera kepada Ibrahim!”
110. Demikianlah Kami membalas orang yang berbuat baik.
111. Sesungguhnya Ibrahim itu termasuk dalam kalangan hamba Kami yang beriman.
112. Dan Kami juga menyampaikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa dia akan beroleh (seorang anak), Ishaq, yang akan menjadi nabi, yang termasuk daripada orang yang soleh.
113. Dan Kami limpahkan keberkatan kepadanya dan kepada (anaknya), Ishaq. Antara zuriat keturunan kedua-duanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang menzalimi dirinya sendiri dengan nyata.
114. Dan sesungguhnya Kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada (Nabi) Musa dan (Nabi) Harun.
115. Dan Kami menyelamatkan kedua-duanya dan kaum mereka berdua daripada bencana yang besar.
116. Dan Kami menolong mereka sehingga mereka menjadi orang yang menang.
117. Dan Kami berikan kepada kedua-duanya kitab suci yang amat jelas keterangannya.
118. Dan Kami berikan hidayah kepada kedua-duanya ke jalan yang lurus.
119. Dan Kami abadikan bagi kedua-duanya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian,
120. “Salam sejahtera kepada Musa dan Harun!”
121. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berbuat baik.
122. Sesungguhnya mereka berdua adalah daripada hamba-hamba Kami yang beriman.
123. Sesungguhnya (Nabi) Ilyas adalah daripada rasul-rasul (Kami) yang diutus.
124. (Ingatkanlah peristiwa) ketika dia berkata kepada kaumnya, “Mengapa kamu tidak bertakwa (mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya)?”
125. “Patutkah kamu menyembah berhala Ba’la, dan kamu meninggalkan (beribadah kepada) sebaik-baik Pencipta?
126. “laitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan nenek moyang kamu yang terdahulu.”
English
103. Therefore when they both submitted themselves (to Allah), and he (Ibrahim) laid him down on his forehead.
104. We called out to him saying: “O Ibrahim!
105. Surely you have fulfilled the vision. Surely thus We reward the doers of good.
106. Most surely this is an obvious test.”
107. And We ransomed him with a great sacrifice.
108. And We left for him (honour) among the later generations.
109. Peace be with Ibrahim.
110. Thus do We reward the doers of good.
111. Surely he was one of Our believing servants.
112. And We gave him the glad tidings of Ishaq, a Prophet from among the righteous.
113. And We blessed him and Ishaq. And among their (Ibrahim and Ishaq’s) offspring some who do good, and others who clearly wrong their souls.
114. And We certainly bestowed Our favour on Musa and Harun,
115. And saved them and their people from the great calamity.
116. And We helped them, so they became the victors.
117. And We gave them the Book that clarified (all things).
118. And We guided them to the right path.
119. And We left for them (honour) among the later generations.
120. Peace be with Musa and Harun.
121. Thus do We reward the doers of good.
122. Surely both of them among Our believing servants.
123. And surely Ilyas was among the Messengers.
124. When he said to his people: “Will you not fear Allah?
125. Will you call upon Ba‘l (a well-know idol they used to worship) and leave the Best of Creators,
126. Allah, your Lord and the Lord of your forefathers of old?”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

