Halaman 449
Tarjuman
Bahasa Melayu
77. Dan Kami menjadikan zuriat keturunannya sahaja orang yang hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
78. Dan Kami abadikan baginya (nama yang disebut-sebut dengan pujian) dalam kalangan orang yang datang kemudian.
79. “Salam sejahtera kepada Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!”
80. Demikianlah, sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha berbuat baik.
81. Sesungguhnya (Nabi Nuh) itu daripada hamba-hamba Kami yang beriman.
82. Kemudian Kami menenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
83. Sesungguhnya (Nabi) Ibrahim benar-benar termasuk dalam golongan (Nabi) Nuh itu.
84. Ketika dia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni.
85. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “Apa yang kamu sembah?”
86. “Apakah kamu menghendaki sembahan-sembahan selain Allah itu dengan cara memutar belitkan kebenaran semata-mata?”
87. “Maka bagaimana anggapan kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?”
88. Kemudian dia memandang dengan satu renungan ke arah bintang-bintang (yang bertaburan di langit),
89. Lalu berkata, “Sesungguhnya aku merasa sakit (tidak dapat turut serta berkeramaian).”
90. Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkannya.
91. Lalu dia pergi ke berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta dia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek), “Adakah kamu tidak makan?”
92. “Mengapa kamu tidak menjawab?”
93. Lalu dia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
94. (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka mereka datang beramai-ramai kepadanya.
95. (Bagi menjawab bantahan mereka), dia berkata, “Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?”
96. “Padahal Allah mencipta kamu dan apa yang kamu buat itu!”
97. (Setelah tidak dapat menjawab, ketua-ketua) mereka berkata, “Binalah satu bangunan untuk Ibrahim (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menyala-nyala.”
98. Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami menjadikan mereka orang yang hina (dengan menggagalkan rancangan mereka).
99. Dan (Nabi Ibrahim) pula berkata, “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku (berhijrah dari negeri kaumnya ke Baitul Maqdis), Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar).”
100. “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong daripada orang yang soleh!”
101. Lalu Kami sampaikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
102. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, (Nabi Ibrahim) berkata, “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab, “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah, ayah akan mendapati aku daripada orang yang sabar.”
English
77. And We made his offspring to be the survivors.
78. And We left for him (honour) among the later generations.
79. Peace be upon Nuh among the people of the world.
80. Surely it is thus We reward the doers of good.
81. Surely He is one of our believing servants.
82. Then We drowned the others.
83. And most surely Ibrahim followed his way (Nuh).
84. When he came to his Lord with a pure heart,
85. When he said to his father and his people: “What is it that you worship?
86. Do you desire false gods, instead of Allah?
87. Then what do you think of the Lord of the worlds?”
88. Then he cast a glance at the stars.
89. And he said: “I am sick.” (with pague. He said this as a trick to remain in the temple so that he could destroy the idols).
90. So they turned their backs, and went away from him.
91. Then he turned to their gods and said: “Why do you not eat?”
92. (And) “What is the matter with you that you speak not?”
93. Then he turned upon them, striking them with the right hand.
94. Then they came to him running, shocked.
95. He said: “Why do you worship what you carve?.
96. And Allah has created you and what you make?”
97. They said: “Build up for him a building, then throw him into the Blazing fire.”
98. And they desired to harm him, but We made them to be the lowest.
99. And he said: “Surely I am going towards my Lord, He will surely guide me.”
100. (And he prayed): “My Lord! Grant me a righteous (son).”
101. So We gave him glad tidings of a forbearing son.
102. Then when he grew enough to work with him, he said: “O my son! I see in a dream that I am sacrificing you, so tell me what you think?” He said: “O my father! Do as you are commanded, you will shall find me, if Allah wills, of the patient ones.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

