Surah Al-Rum-j21h406

Halaman 406

Tarjuman
Bahasa Melayu

16. Dan (sebaliknya) orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami serta mendustakan pertemuan hari kiamat, maka mereka akan tetap berada dalam azab selama-lamanya.

17. Maka bertasbihlah (bersolat) kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam (solat maghrib dan isyak) dan semasa kamu berada pada waktu subuh (solat subuh).

18. Dan bagi-Nya segala puji di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah) kepada-Nya pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

19. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup serta menghidupkan bumi sesudah matinya, dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

20. Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan-Nya menghidupkan semula) bahawa Dia menciptakan kamu daripada tanah (asal kamu iaitu Adam), kemudian kamu menjadi manusia yang hidup berkembang biak di muka bumi.

21. Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.

22. Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya) ialah kejadian langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berpengetahuan.

23. Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kasih sayang-Nya) ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan siang hari (untuk berehat) dan usaha kamu mencari rezeki daripada limpah kurniaan-Nya. Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

24. Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kebesaran dan kekuasaan-Nya), Dia memperlihatkan kilat kepada kamu untuk menakutkan dan memberi harapan, Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.

English

16. But as for those who disbelieved and rejected Our signs, and the meeting of the Hereafter, these shall be brought forth to the torment.

17. Therefore glorify Allah when you enter upon the evening, and when you enter upon the morning (offering your prayers, compulsary prayers).

18. And to Him belongs all praise in the heavens and the earth, and in the late afternoon and (also) when the day begins to decline.

19. He brings forth the living from the dead and He brings forth the dead from the living, and He gives life to the earth after its death. And thus (also) shall you be brought forth.

20. And one of His signs is that He has created you from dust, and then, behold! You are human beings scattered.

21. And one of His signs is that He created spouse for you from yourselves, in order that you may find satisfaction in them, and He has put love and mercy  between you. Surely, there are signs in this for people who reflect. 

22. And of His signs are the creation of the heavens and the earth, and the variations in your tongues and your colours. Surely, there are signs in this for those who possess knowledge.

23. And of His signs are your sleeping by night and day, and your seeking of His bounty. Surely, there are signs in this for a people who listen. 

24. And of His signs is that He shows you the lightning as a cause of fear and hope, and he sends down from the sky water, then He gives life with it to the earth after its death. Surely, there are signs in this for a people who understand. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi