Surah Al-Rahman-j27h532

Halaman 532

Tarjuman
Bahasa Melayu

19. Dia membiarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, kemudian bertemu (pada pandangan mata),

20. Di antara kedua-duanya ada batas yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya,

21. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

22. Dari kedua-dua laut itu, keluar mutiara dan marjan (batu permata yang berwarna putih atau merah),

23. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

24. Dan Dia-lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di lautan (yang kembang tinggi layarnya) bagaikan gunung-ganang,

25. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

26. Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa,

27. Dan Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan tetap akan kekal,

28. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

29. Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa memohon kepada-Nya. Setiap masa Dia dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya).

30. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

31. Kami akan menyelesaikan (hitungan dan balasan amal) kepada kamu (pada hari kiamat), wahai manusia dan jin!

32. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

33. Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri daripada kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami dan sememangnya tidak wujud).

34. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

35. Kamu (wahai golongan yang kafir ingkar daripada kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan cairan tembaga (yang membakar). Maka, kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripada azab itu),

36. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

37. Maka, ketika langit telah terbelah, lalu ia menjadi merah mawar (berkilat) seperti minyak,

38. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

39. Pada masa itu tiada sesiapa pun sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya),

40. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

41. Orang yang berdosa dapat dikenali dengan tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka),

English

19. He made the two seas to flow freely, meeting together.

20. (Yet) between them is a barrier which they do not transgress. 

21. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

22. There come out from both of them pearls and coral. 

23. Then which of the favours of your Lord will you both (men and jinn) deny? 

24. And His are the ships sailing in the seas like mountains. 

25. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

26. Everyone on earth will perish. 

27. But there will abide for ever the Presence of your Lord, Master of Glory and Honour. 

28. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

29. Everyone in the heavens and the earth ask of Him. Every day He is (engaged) in His affairs. 

30. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

31. We will soon attend to you, O you two worlds (Jinn and men)! 

32. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

33. O assembly of jinn and men! If you can pass from the boundaries of the heaven and the earth, then do pass. But you will not be able to pass, except with authority (from Allah). 

34. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

35. He will send against you flames of fire and smoke, then you will not be able to help yourselves. 

36. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

37. And when the sky is rent asunder, and it becomes red, like red hide, 

38. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

39. On that Day no man or Jinn shall be asked about his sins. 

40. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

41. The sinners will be known by their marks, and they will be seized by their forelocks and their feet. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q