Surah Al-Ra’d-j13h254

Halaman 254

Tarjuman
Bahasa Melayu

35. Perumpamaan gambaran syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa itu ialah sungai-sungai yang sentiasa mengalir di sekitar tamannya, makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan bagi orang yang bertakwa, sedangkan kesudahan bagi orang yang kafir pula ialah neraka.

36. Dan orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka bergembira dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad). Antara beberapa kumpulan daripada golongan itu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah, “Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan supaya aku tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain. Hanya kepada-Nya aku menyeru (manusia semuanya untuk menyembah-Nya) dan kepada-Nya tempat kembaliku (dan kamu semuanya untuk menerima balasan).”

37. Dan demikianlah Kami menurunkan al-Quran sebagai peraturan dalam bahasa Arab. Sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan (tentang kebenaran) kepada engkau, maka tiadalah engkau peroleh daripada Allah sesuatu pun yang dapat memberi perlindungan dan memelihara engkau (daripada azab Allah).

38. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami mengurniakan isteri-isteri dan zuriat keturunan kepada mereka. Tidak ada kemampuan bagi seseorang rasul untuk mendatangkan sesuatu ayat (atau mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Setiap tempoh dan waktu ada suratan yang telah ditetapkan.

39. Allah menghapuskan dan menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. (Ingatlah) pada sisi-Nya ada Ummul Kitab (Lauh Mahfuz yang tidak pernah berubah semenjak azali).

40. Dan jika Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian daripada azab yang kami janjikan untuk mereka (yang ingkar) atau Kami wafatkan engkau (sebelum melihatnya), maka tidaklah menjadi hal kerana tanggungjawabmu hanyalah menyampaikan sahaja, sedangkan Kami yang menghitung (dan membalas amal mereka).

41. Dan mengapa mereka yang kafir itu tidak mahu memerhatikan bahawa Kami sentiasa menakluki bumi (yang mereka diami itu) dengan menjadikannya kurang sedikit demi sedikit daripada penjuru-penjurunya (melalui pembukaan negeri umat Islam)? (Ingatlah) Allah menetapkan hukum (menurut apa yang dikehendaki-Nya). Tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukum-Nya dan Dia amat cepat hitungan-Nya.

42. Dan sesungguhnya orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap nabi-nabi mereka). Tetapi, rancangan jahat itu adalah dalam kekuasaan Allah. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh setiap diri, dan orang yang kafir akan mengetahui untuk siapakah tempat kesudahan (yang baik dan yang buruk pada hari akhirat kelak).

English

35. The parable of the Garden promised to the pious is rivers flow beneath it, its provision is eternal and so is its shade. This is the end for those who have been pious and the end for the disbelievers is the Fire.

36. And the people of the Book are delighted with that which is sent to you, and some of the tribes deny part of it. Say: “I have been ordered merely that I worship Allah, and not to associate partners with Him. To Him I call, and to Him is my return.”

37. And thus have We sent it down as a judgement in Arabic. And if you were to follow their desires after what has come to you of the knowledge, then you will have no protector nor defender against Allah.

38. And most surely We have sent Messengers before you, and We gave them wives and children. And it was not the business of a Messenger to
bring any signs, except with the permission of Allah. For each decree there is an appointment.

39. Allah wipes off what He wills, and He makes firm (what He wills), and with Him is the Mother of the Book.

40. And whether We show you some of the things We promised them or We cause you to die, in any case your duty is no more than to deliver the message, and the reckoning is Ours.

41. Do they not see that We are gradually reducing the land by diminishing its boundaries? And (when) Allah judges, there is no one to put back His judgement. And He is swift in reckoning.

42. And surely those before them made their plots, but the whole plan
belongs to Allah. He knows what each soul does, and the disbelievers will
soon find out to whom the final home belongs.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul