Halaman 252
Tarjuman
Bahasa Melayu
19. Maka adakah orang yang mengetahui bahawa (al-Quran) yang diturunkan kepada engkau daripada Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama seperti orang yang buta (mata hatinya)? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang berakal sempurna.
20. laitu orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah dimaterai itu.
21. Dan orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan (iman, silaturahim dan lain-lain), dan yang takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka, serta bimbang kepada hitungan amal yang sukar (pada hari kiamat).
22. Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka. Mereka juga menolak kejahatan dengan cara yang baik. Mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang sebaik-baiknya pada hari akhirat).
23. laitu Syurga ‘Adn yang mereka akan memasukinya bersama-sama dengan orang yang mengerjakan amal soleh yang terdiri daripada nenek moyang, pasangan-pasangan dan anak cucu mereka. Sedangkan malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari semua pintu (syurga sebagai penghormatan).
24. (Malaikat-malaikat itu memberi hormat dengan berkata), “Selamat sejahtera buat kamu semua, disebabkan kesabaran kamu.” Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.
25. Dan (sebaliknya) orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah dimaterai dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, maka mereka itu beroleh laknat dan mereka juga beroleh tempat kediaman yang buruk.
26. Allah meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia juga yang menyempitkannya. Mereka (yang ingkar) bergembira dengan kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
27. Dan orang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat daripada Tuhannya?” Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk ke jalan agama-Nya sesiapa yang bertaubat kepada-Nya,”
28. “(laitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah).” Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, hati manusia menjadi tenang.
English
19. Is he then who knows that what has been sent down to you from your Lord is the truth like one who is blind? But none take heed except those who are endowed with understanding.
20. Those who fulfil the covenant of Allah, and do not break the covenant.
21. And those who join what Allah has commanded to be joined, and stand in awe of their Lord, and fear the terrible reckoning.
22. And those who remain patient, seeking the pleasure of their Lord, and establish prayer, and spend out of what We have provided them with, secretly and openly and repel evil with good. These are the people for whom there is the final home.
23. Gardens of Bliss in which they enter, as well as those who are good from among their parents, and their mates and their offspring, and the angels shall enter unto them from every door (saying):
24. “Peace be upon you because you persevered in patience, and how excellent is the final home!”
25. And those who break the covenant of Allah after its ratification, and sever what Allah has commanded to be unite, and do evil in the land, on them is the curse and for them is the evil home.
26. Allah spreads out the provision for whom He wills, and He straitens it (for whom He wills). And they are delighted with the life of this world and
the life of this world is nothing compared to the Hereafter except a temporary enjoyment.
27. And say those who disbelieve: “Why is not a sign from his Lord sent
down upon him?” Say: “Allah leaves to go astray whom He wishes, and He
guides to Him those who turn (to Him),
28. Those who believe and whose hearts are at peace with the
remembrance of Allah. Surely in the remembrance of Allah do hearts find
rest.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

