Halaman 249
Tarjuman
Bahasa Melayu
1. Alif, Lam, Mim, Ra’. Ini adalah ayat-ayat Kitab (al-Quran). Apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) daripada Tuhanmu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
2. Allah jualah yang meninggikan langit tanpa bertiang sebagaimana yang kamu lihat, kemudian Dia beristiwa’ (sesuai dengan keagungan-Nya) di atas Arasy dan Dia menundukkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya). Masing-masing beredar (pada paksinya) untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbir segala urusan. Dia juga menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu per satu supaya kamu meyakini pertemuan dengan Tuhan kamu (pada hari kiamat).
3. Dan Dia yang menjadikan bumi terbentang luas, serta menjadikan padanya gunung-ganang (berdiri kukuh) dan sungai-sungai (yang mengalir) dan daripada setiap jenis buah-buahan, Dia menjadikannya berpasang-pasangan. Dia juga menutup malam (dengan kegelapannya) kepada siang. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang (mahu) berfikir.
4. Dan di bumi ada beberapa daerah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya seperti subur, tandus, banyak air dan sebagainya), dan padanya ada kebun-kebun anggur, pelbagai jenis tanaman serta pohon kurma yang berumpun dan yang tidak berumpun yang disiram dengan air yang sama. Kami lebihkan sesetengah buah daripada sesetengahnya yang lain daripada segi rasanya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang (mahu) berfikir (serta memahaminya).
5. Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka yang patut menghairankan ialah perkataan mereka yang kafir itu (yang mengatakan), “Adakah apabila kami telah menjadi tanah, benarkah kami akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu?” Mereka itulah orang yang kafir kepada Tuhan mereka dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-belenggu pada leher mereka, serta merekalah juga ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
English
1. Alif, Lam, Mim, Ra. These are the verses of the Book. And that which has been sent to you from your Lord is the truth. But most men believe not.
2. Allah is He who raised up the heavens without any pillars, as you can see, then He established Himself on the Throne (of His Infinite Might). And He has subjected the sun and the moon (to His laws). Each one runs its appointed course. He plans the command, He explains the signs that you may be convinced in the meeting of your Lord.
3. And it is He who has extended the earth, and placed mountains and rivers in it. And of all fruits He has placed in it pairs male and female. He causes the night to cover the day. Surely, there are signs in this for people who reflect.
4. And in the earth there are (large) tracts adjoining one another, and gardens of grapes, and fields (of corn), and palm trees with roots joined together and with roots not so joined, they are all watered with the same (water). And some of them have We favoured above others in eating. Surely, there are signs in this for a people who understand.
5. And if anything makes you wonder, then the real wonder is their saying: “Really! When we have become dust, shall we then be certainly turned into a new creation?” These are those who disbelieve in their Lord, and these are those who have chains around their necks, and they are the companions of the Fire, in it they abide.
Mandarin

Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran

