Surah Al-Qiyamah & Al-Insan-j29h578

Halaman 578

Tarjuman
Bahasa Melayu

20. Sekali-kali jangan demikian (wahai orang yang lalai)! Sebenarnya kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan) dunia.

21. Dan kamu tidak menghiraukan hari akhirat (tidak menyiapkan bekalan yang sebaik-baiknya).

22. Pada hari akhirat itu, muka (orang yang beriman) berseri-seri,

23. Melihat kepada Tuhannya.

24. Dan pada hari itu, muka (orang kafir) muram hodoh,

25. Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab) yang membinasakan.

26. Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

27. Dan (orang yang hadir di sisinya heboh) berkata, “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”

28. Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu ialah saat perpisahan,

29. Betis akan bertaut satu sama lain (lantaran kesakitan menghadapi mati).

30. (Maka) kepada Tuhanmu pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan).

31. (Oleh sebab orang yang kafir tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan solat (yang difardukan kepadanya)!

32. Tetapi dia mendustakan (al-Quran) dan berpaling ingkar (daripada keimanan)!

33. Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong.

34. (Wahai orang yang kafir,) Celakalah engkau! Maka celakalah!

35. Kemudian (sekali lagi), celakalah engkau! Maka celakalah!

36. Patutkah manusia menyangka bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan kembali untuk menerima balasan)?

37. Bukankah dia berasal daripada air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

38. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

39. Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis (sepasang), lelaki dan perempuan.

40. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!


1. Bukankah telah datang kepada manusia satu ketika daripada masa (yang beredar), sedangkan dia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu yang disebut-sebut?

2. Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia bermula daripada setitis mani yang bercampur (daripada benih lelaki dan perempuan), yang Kami mahu mengujinya (dengan pelbagai kewajipan). Oleh itu, Kami jadikannya mendengar dan melihat.

3. Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan rasul) akan jalan petunjuk (yang benar dan yang salah, maka terserahlah kepadanya untuk memilih) sama ada menjadi seorang yang bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun menjadi kafir (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

4. (Dalam pada itu) sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menyala-nyala.

5. Sesungguhnya orang yang berbakti (dengan melaksanakan ketaatan dan kebajikan) akan meminum daripada gelas, sejenis minuman yang bercampur dengan ‘kafur’,

English

20. No, but you love the present life, 

21. And neglect the Hereafter. 

22. (Some) faces upon that day will be shining, 

23. Looking towards their Lord. 

24. And other faces on that day will be gloomy, 

25. Thinking that a (back-breaking) calamity is about to fall on them. 

26. Nay, when the soul reaches the throat,

27. And it said: “Who is a magician (to save him now)?” 

28. And he believes that it is the (time of) of parting. 

29. And one leg touches the other (because of fear). 

30. Towards your Lord that Day will be the driving. 

31. So he neither believed, nor prayed,

32. And he called it a lie, and turned away, 

33. Then he went to his family in full pride. 

34. “Woe be to you, and then woe be to you. 

35. And again, woe be to you, once more, woe be to you.” 

36. Does man think that he will be left uncontrolled? 

37. Was he not a drop of sperm poured forth? 

38. And then he was a clot of blood, then He created him and perfected him. 

39. Then He made him in two kinds, male and female. 

40. Is He then unable of giving life to the dead?


1. Has there come upon man a period of time when he was nothing to be mentioned? 

2. We have created man from a sperm of mixed semen to try him, so we made him a hearer and a seer. 

3. Surely We have shown him the way, whether he be grateful or ungrateful. 

4. Surely We have prepared for the disbelievers chains, shackles, and a blazing Fire. 

5. Surely the righteous shall drink of a cup whose blend is camphor, 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul
Khulasah Al-Quran