Halaman 395
Tarjuman
Bahasa Melayu
78. (Qarun) berkata, “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku.” Apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya daripada umat-umat yang telah lalu, orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka (kerana Allah mengetahui hal tersebut).
79. Maka (Qarun) keluar kepada kaumnya dengan kemegahannya. Orang yang semata-mata inginkan kesenangan hidup di dunia berkata, “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang dikurniakan kepada Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.”
80. Dan orang yang diberi ilmu (antara mereka) berkata pula, “Celakalah kamu, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang yang sabar (dalam mentaati agama).”
81. Lalu Kami benamkannya (Qarun) bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tiada baginya satu golongan pun yang boleh menolongnya selain daripada Allah dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.
82. Dan orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti (Qarun) baru tersedar lalu berkata, “Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya dan Dia-lah juga yang menyempitkannya, kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan terbenam di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya tidak beruntung orang yang ingkar.”
83. Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan dan berbuat kerosakan di muka bumi, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.
84. Sesiapa yang datang membawa amal baik maka baginya balasan yang lebih baik daripada kebaikannya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.
English
78. He said: “I have been given this solely because of the knowledge that I have.” Did he not know that Allah had destroyed before him of the generations who were stronger than him in strength and larger in numbers? And the sinners shall not be asked about their sins.
79. Then he went out to his people in his pomp. Said they who desired the life of this world: “We would like that we had of what has been given to Qarun. Surely he is the master of a great fortune.”
80. And said they who had been given (true) knowledge: “Woe be to you, the reward of Allah is better for him who believes and does good and none shall attain this, except those who are patient.”
81. Then We caused the earth to swallow him and his home, and there was no host besides Allah to come to his help, nor could he help himself.
82. And those who had desired his position before began to say: “Ah! Surely Allah spreads out provision for whom He wills of His servants, and He straitens it (for whom He wills). Had not Allah been good to us, He would have caused it to swallow us. Ah! Surely the unbelievers never succeed.”
83. That Home of the Hereafter, We give it for those who do not wish to exalt themselves on the earth, nor (do they wish) the doing of evil. And the good end is for the pious.
84. Therefore he who brings good, shall have better than that, but as for him who does evil then no reward shall be given to those who do evil except what they used to do.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

