j20h394-Surah Al-Qasas

Halaman 394

Tarjuman
Bahasa Melayu

71. Katakanlah, (wahai Muhammad) “Bagaimana pandangan kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu sepanjang masa hingga ke hari kiamat, tuhan manakah selain Allah yang mampu membawakan cahaya untuk menerangi kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (memahami dan menerima kebenaran)?”

72. Katakanlah, (wahai Muhammad) “Bagaimana pandangan kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu sepanjang masa hingga ke hari kiamat, tuhan manakah selain Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (bukti kebesaran Allah)?”

73. Dan antara rahmat (pemberian)-Nya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu berehat pada malamnya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurniaan-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur.

74. Dan pada hari itu, Allah akan menyeru mereka lalu bertanya, “Manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu sifatkan mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?”

75. Dan (pada hari itu) Kami keluarkan daripada setiap umat seorang saksi, lalu Kami katakan, “Bawalah keterangan dan bukti kebenaran kamu.” Maka ketahuilah mereka bahawa kebenaran itu hanya milik Allah dan (dengan itu), lenyaplah segala apa yang mereka ada-adakan secara dusta dahulu.

76. Sesungguhnya Qarun dia adalah daripada kaum (Nabi) Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka, dan Kami telah mengurniakannya pelbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya, “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah,”

77. “Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada dunia ini serta berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”

English

71. Say: “Have you considered (this), if Allah were to make the night to last for you till the Day of Resurrection, which god other than Allah would bring you light? Will you not then hear?”

72. Say: “Have you considered (this), if Allah were to make the day time last for you till the Day of Resurrection, which god other than Allah would bring the night to you for you to rest therein. Will you not then see?”

73. And it is one of His favours that He has made for you the night and the day, that you may rest therein, and that you may seek His Grace, and that you may give thanks.

74. And the Day He will call them and say: “Where are My associates, those you fancied?”

75. And We will select from each community a witness, and We will say: “Bring forth your proof.” Then they will know that the truth belongs to Allah, and what they used to forge shall disappear from them.

76. Surely Qarun was from the people of Musa, then he rebelled against them. And We had given him so many treasures that their keys would weigh down a party of strong men, when his people said to him: “Exult not, surely Allah loves not those who exult.

77. And seek out of that which Allah has given you the Home of the Hereafter, and forget not your share of this world, and do good as Allah has done good to you, and seek not evil in the land. Surely Allah loves not those who do evil.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi