Surah Al-Qasas-j20h386

Halaman 386

Tarjuman
Bahasa Melayu

6. Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan daripada golongan yang tertindas itu (tentang seorang bayi yang bakal lahir dalam kalangan mereka).

7. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia, jika engkau takutkan sesuatu bahaya terhadapnya, maka lepaskanlah dia ke sungai dan janganlah engkau berasa bimbang dan jangan pula berdukacita, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada rasul-rasul Kami.”

8. Setelah itu dia diambil oleh orang Firaun, kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan mereka berdukacita, sesungguhnya Firaun dan Haman serta tentera mereka berdua adalah golongan yang berdosa.

9. Dan berkatalah isteri Firaun, “(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu, janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan dia berguna kepada kita, atau kita jadikannya sebagai anak.” Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

10. Dan (sepeninggalan Musa) berubahlah hati ibunya menjadi kosong (kerana tidak mengingati perkara lain selain Musa), sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu (bahawa Musa adalah anaknya) dengan berterus-terang jika tidak Kami kuatkan hatinya, supaya tetaplah dia daripada orang yang percaya (akan janji Allah),

11. Dan dia berkata kepada kakak (Musa), “Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya (Musa) daripada jauh sedangkan orang ramai tidak menyedarinya,

12. Dan Kami halang (Musa) daripada menyusu kepada wanita-wanita yang hendak menyusukannya. (Melihatkan halnya itu, kakaknya) berkata, “Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

13. Maka Kami kembalikan (Musa) kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita, dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu).

English

6. And (We desired) to establish them in the land, and to show Pharaoh and Hāmān and their hosts that which they feared from them.

7. And We ordered the mother of Mūsā, saying: “Give him suck, but when you fear for him, then cast him into the river, do not fear nor grieve; surely We are going to give him back to you, and We are going to make him one of the messengers.”

8. Then the household of Pharaoh picked him up, that he might become for them an enemy and a source of grief. Surely Pharaoh, Hāmān and their hosts were wrong-doers.

9. And the wife of Pharaoh said: “He will cheer my eyes and yours. Kill him not, perhaps he will be of use to us, or we may adopt him as a son.” And they perceived not.

10. And the heart of the mother of Mūsā became empty; she would have disclosed (the secret) had We not tightened up her heart, so that she might remain one of the believers.

11. And she said to his sister: “Follow him,” and she watched from far, while they perceived not.

12. And We had already forbidden the wet nurses to him. Then she (his sister) said: “Shall I point out to you the people of a family who will take charge of him, and they will be his well-wishers?”

13. So We gave him back to his mother, that she might cheer her eyes, and that she might not grieve, and that she might know that the Promise of Allah is true, but most of them know not.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi