j27h531-Surah Al-Qamar & Al-Rahman

Halaman 531

Tarjuman
Bahasa Melayu

49. Sesungguhnya Kami mencipta tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

50. Dan perintah Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki) hanyalah satu perkataan sahaja (yang cepatnya) bagaikan kelipan mata.

51. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan orang yang sama keadaannya seperti kamu. Maka adakah terdapat sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

52. Setiap perkara yang mereka lakukan tertulis dalam buku-buku suratan amal,

53. Dan setiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatat.

54. Sesungguhnya orang yang bertakwa akan ditempatkan di dalam taman-taman syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,

55. Di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya lagi Yang Berkuasa (melakukan mengikut kehendak-Nya).


1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah.

2. Dia-lah yang telah mengajarkan al-Quran,

3. Dia-lah yang telah menciptakan manusia,

4. Dia-lah yang telah membolehkan manusia pandai berbicara,

5. Matahari dan bulan beredar menurut peraturan dan perhitungan yang tertentu,

6. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu masing-masing tunduk kepada-Nya (menurut peraturan-Nya).

7. Dan langit telah ditinggikan-Nya serta Dia meletakkan neraca (mengadakan undang-undang dan peraturan dengan adil),

8. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam timbangan itu (menjalankan keadilan),

9. Dan tegakkanlah cara menimbang itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi timbangan itu (barang yang ditimbang).

10. Dan bumi pula telah dijadikan rata untuk kesenangan makhluk-makhluk-Nya.

11. Di bumi itu, terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang.

12. Demikian juga, terdapat biji-bijian yang berkulit dan bunga-bungaan yang harum,

13. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

14. Dia menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering seperti tembikar,

15. Dan Dia telah menciptakan jin daripada lidah nyalaan api (yang tidak berasap).

16. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

17. (Dia-lah) Tuhan yang memelihara dua tempat terbit matahari (iaitu terbitnya pada musim dingin dan musim panas) dan dua tempat terbenamnya.

18. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

English

49. Surely We have created all things according to a measure (which has been decreed).

50. And Our Command is but one, like the twinkling of an eye. 

51. And surely We have destroyed the likes of you, but is there anyone who will mind? 

52. And everything they have done is recorded in (their) Books (of deeds). 

53. And everything, small and great, is recorded. 

54. Surely the pious will be in the midst of Gardens and rivers, 

55. Seated in the seat of truth, in the presence of the Omnipotent King.


1. The Most Gracious, 

2. He has Taught the Qur’an. 

3. He created man. 

4. He taught him articulate speech. 

5. The sun and the moon follow courses according to a fixed reckoning. 

6. And the plants and the trees do adore. 

7. And the heaven He has raised high, and He has set up the balance. 

8. That you should not transgress in the balance. 

9. And keep up the balance with justice, and fall not short in the balance. 

10. And He has placed the earth for living creatures. 

11. Therein are fruits, and palm-trees with sheaths. 

12. And grains its husk, and sweet-smelling flowers. 

13. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny? 

14. He created man from sounding clay, like the potter’s clay. 

15. And He created the Jinn from a flame of Fire. 

16. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

17. Lord of the two easts, and Lord of the two wests. 

18. Then which of the favours of your Lord will you both (men and Jinn) deny?

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran