j29h566-Surah Al-Qalam & Al-Haqqah

Halaman 566

Tarjuman
Bahasa Melayu

43. Sambil pandangan mereka tunduk ke bawah (kerana malu), serta mereka diliputi kehinaan, sedangkan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telah pun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) padahal mereka dalam keadaan sihat.

44. Maka serahkan kepada Aku sahaja (wahai Muhammad) orang yang mendustakan perkataan ini (al-Quran), Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

45. Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka. Sesungguhnya rancangan-Ku (terhadap golongan yang kafir itu) amat kukuh (perlaksanaannya).

46. Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (atas kerja penyebaran ajaran Islam), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?

47. Atau adakah di sisi mereka ilmu tentang perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menyalinnya?

48. Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau bersikap seperti orang (Nabi Yunus) yang telah ditelan oleh ikan ketika dia berdoa merayu, sedangkan dia dalam keadaan sedih.

49. Kalau sekiranya dia tidak segera didatangi nikmat daripada Tuhannya, nescaya dia pasti akan tercampak ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan tercela (kerana kesilapannya).

50. Selepas itu, Tuhannya memilihnya serta menjadikannya daripada golongan orang yang soleh.

51. Dan sesungguhnya orang yang kafir itu hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkan kamu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar al-Quran sambil berkata, “Sebenarnya (Muhammad) itu sememangnya orang yang gila.”

52. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat manusia.


1. Hari yang benar (hari kiamat),

2. Apakah hari yang benar itu?

3. Dan tahukah kamu apakah hari yang benar itu?

4. Kaum Thamud dan ‘Ad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggentarkan itu.

5. Adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan bunyi (petir) yang melampau dahsyatnya.

6. Adapun ‘Ad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya,

7. Yang diarahkannya menyerang mereka selama tujuh malam lapan hari terus-menerus. (Kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang lapuk (lalu tumbang).

8. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?

English

43. Their eyes will be cast down, ignominy will cover them and they were called to prostrate while they were sound. 

44. Then leave Me and him who rejects this news. We will draw them gradually (to agony), from whence they know not. 

45. And I give them respite. Surely My plan is firm. 

46. Or do you ask them for any reward, so that they are burdened with debt? 

47. Or is it they have knowledge of the unseen, so that they write it down? 

48. Therefore wait patiently for the judgement of your Lord, and be not like the Companion of the Fish, when he cried out while he was filled with sorrow. 

49. Had not the Grace of his Lord reached him, he would surely have been thrown on a desert shore while he was blamed. 

50. But his Lord chose him and made him among the righteous. 

51. And those who disbelieve would almost trip you with their eyes when they hear the reminder, and they say: “Most surely he is mad.” 

52. And it (the Qur’an) is nothing but a reminder for the people of the worlds.


1. The Sure Event! 

2. What is the Sure Event? 

3. And what will make you know what the Sure Event is? 

4. Thamud and ‘Ad denied the striking Hour. 

5. Then as to Thamud, they were destroyed by the lightning. 

6. And as to ‘Ad, they were then destroyed by a furious wind, blowing with extraordinary force, 

7. Which was imposed against them for seven nights and eight days in succession, so that you might have seen that people thrown down, as if they were hollow trunks of palm-trees. 

8. Then do you see any remnants of them?

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran