Surah Al-Nur-j18h356

Halaman 356

Tarjuman
Bahasa Melayu

44. Allah menukarkan malam dan siang silih berganti, sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang celik mata hatinya berfikir.

45. Dan Allah menciptakan setiap haiwan yang bergerak itu daripada air, maka sebahagian daripada haiwan itu ada yang menjalar di atas perutnya dan sebahagiannya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

46. Sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan (hakikat kebenaran) dan Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

47. Dan mereka berkata, “Kami beriman kepada Allah dan kepada rasul-Nya serta kami taat.” Kemudian sekelompok daripada mereka berpaling sesudah pengakuan itu dan mereka itu tidaklah menjadi orang yang beriman.

48. Dan apabila mereka diajak kepada Allah dan rasul-Nya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu antara mereka, maka dengan serta- merta sekumpulan daripada mereka menolak ajakan itu,

49. Dan jika keputusan itu memberi hak (menyebelahi) kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).

50. Apakah di dalam hati mereka ada penyakit atau kerana mereka ragu-ragu ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan rasul-Nya akan berlaku zalim kepada mereka? Bahkan merekalah sendiri orang yang zalim.

51. Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu antara mereka, hanyalah mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat,” dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan.

52. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya agar tidak terdedah kepada azab Allah, maka mereka adalah orang yang beroleh kemenangan.

53. Dan mereka (yang munafik) bersumpah dengan nama Allah, dengan bersungguh-sungguh, bahawa jika engkau (wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad), tentulah mereka akan keluar. Katakanlah, “Janganlah kamu bersumpah, kerana taat yang diminta ialah taat yang sebenarnya (kepada Rasulullah). Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

English

44. Allah revolves the night and the day. Surely, there is a lesson in this for those who possess eyes. 

45. And Allah has created all creatures from water, then there are among them those that go upon their bellies and among them are those that go upon two feet and among them are those that go upon four. Allah creates what He wills. Surely Allah has power over all things. 

46. We have surely sent down clear signs and Allah guides whom He wills to the straight path.

47. And they say: “We believe in Allah and in the Messenger, and we obey,” then a party of them turns away after that. Such are not believers. 

48. And when they are called to Allah and His Messenger to judge between them, behold! A party of them turn away. 

49. And if the right is on their side, they come to him willingly. 

50. Is there a disease in their hearts? Or are they in doubt, or do they fear that Allah and His Messenger will be unjust to them? Nay, they themselves are the unjust. 

51. The response of the believers, when they are called to Allah and His Messenger that He may judge between them, is only to say: “We hear and we obey.” And they are the people who succeed. 

52. And he who obeys Allah and His Messenger, and fears Allah, and is devoted to Him, then such people are the victorious. 

53. And they swear by Allah with their strongest oaths that if you (O Muhammad!) command them, they would surely go forth. Say: “Swear not, obedience (is better). Surely Allah knows what you do.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q