Halaman 352
Tarjuman
Bahasa Melayu
21. Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurniaan Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun antara kamu menjadi bersih daripada dosanya selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,
22. Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan daripada kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kamu mahu supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
23. Sesungguhnya orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab yang besar.
24. Pada hari (kiamat) lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan (di dunia dahulu).
25. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab) yang berhak mereka mendapatnya dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilan-Nya.
26. Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih daripada (tuduhan) yang dikatakan oleh orang (yang jahat), mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan dan kurniaan yang mulia.
27. Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat.
English
21. O you who believe! Follow not the footsteps of Satan, and whoever follows the footsteps of Satan, then he commands him indecency and evil. And were it not for the Grace of Allah and His Mercy upon you, not one of you would ever have been pure, but Allah purifies whom He wills and Allah is Hearing, Knowing.
22. And let not those of you who are blessed with graces and wealth swear against giving to the near of kin, and the needy, and those who have fled their homes in the cause of Allah. Let them forgive and forget. Do you not love that Allah should forgive you? Because Allah is Often Forgiving, Most Merciful.
23. Surely those who accuse chaste, unaware, believing women, are cursed in this world, and the Hereafter, and for them is a great torment,
24. On the Day when their tongues and their hands and their feet will bear witness against them about what they used to do.
25. On that Day Allah will pay back to them in full their just dues, and they will know that He, Allah, is the Manifest Truth.
26. Impure women are for impure men, and impure men for impure women; and pure women are for pure men, and pure men for pure women, such are innocent of that which people say. For them there is forgiveness and an honourable provision.
27. O you who believe! Enter not houses other than your own, until you have asked permission and saluted their inhabitants. This is better for you that you may take heed.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


