Halaman 351
Tarjuman
Bahasa Melayu
11. Sesungguhnya orang yang membawa berita yang dusta itu adalah daripada kalangan kamu, janganlah kamu menyangka keadaan ini buruk bagi kamu. Ia sebenarnya kebaikan untuk kamu. Setiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menghebahkannya antara mereka akan beroleh seksa yang besar.
12. Mengapa semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan wanita, tidak bersangka baik terhadap sesama sendiri dan berkata, “Ini adalah tuduhan dusta yang nyata.”
13. Mengapa mereka tidak membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi Allah, adalah orang yang dusta,
14. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurniaan Allah dan rahmat-Nya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab yang besar disebabkan kamu turut terlibat dalam berita palsu itu.
15. Semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak ketahui kebenarannya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, padahal ia di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya,
16. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata, “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah daripada mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta yang besar (tuduhan yang amat berat).”
17. Allah memberi pengajaran kepada kamu supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian itu selama-lamanya, jika betul kamu orang yang beriman,
18. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat (hukum-hakam-Nya) kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
19. Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab yang amat pedih di dunia dan di akhirat dan Allah mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui.
20. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurniaan Allah dan rahmat- Nya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penyantun lagi Maha Penyayang (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).
English
11. Surely those who brought forth the lying accusation are a group from among you. Do not consider it an evil for you. No, it is good for you. Every one of them shall have what he has earned of the sin, and he who has taken the main part among them, shall have a great torment.
12. When you heard it, why did not the believing men and the believing women think good of their own people, and say: “This is clearly a false accusation?”
13. Why did they not bring four witnesses in its support? Since they have not brought the witnesses, they are, in the sight of Allah, the liars.
14. And were it not for the grace of Allah and His mercy upon you, in this world and the Hereafter, surely a great torment would have fallen upon you, because of what you spread in this matter.
15. When you received it with your tongues and uttered it with your mouths that for which you had no knowledge, and you considered it to be an easy matter, while it was a grievous thing in the sight of Allah.
16. And when you heard it, why did you not say: “It is not for us to speak of this. Glory be to You! This is a great calumny (lie)!”
17. Allah forbids and warn you not to repeat such a crime if you are true believers.
18. And Allah explains the signs (verse) for you and Allah is Knowing, Wise.
19. Surely as for those who love to see scandal (illegal intercourse) spread among the believers, they will have a painful torment in this world and the Hereafter. And Allah knows and you know not.
20. And were it not for the grace of Allah and His mercy upon you, and that Allah is Full of Kindness, Most Merciful (He would have punished you).
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


