Halaman 106
Tarjuman
Bahasa Melayu
176. Mereka (orang Islam) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad) mengenai masalah kalalah – seseorang yang mati yang tidak meninggalkan ayah dan anak. Katakanlah, “Allah memberi fatwa kepada kamu dalam perkara kalalah itu, iaitu jika seseorang mati, tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, dan saudaranya yang lelaki (mewarisi semua harta saudara perempuannya), jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Sekiranya saudara perempuannya itu dua orang, maka kedua-duanya mendapat dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai dua bahagian orang perempuan.” Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
1. Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah janji-janji (yang dimeterai). Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternakan, kecuali apa yang akan ditentukan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternakan) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum menurut apa yang dikehendaki-Nya.
2. Wahai orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar (agama) Allah, jangan melanggar kehormatan bulan-bulan yang dihormati, jangan mengganggu binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban) dan binatang-binatang yang diberi kalung (sebagai tanda bahawa binatang itu telah diperuntukkan untuk dibawa ke Makkah sebagai hadiah) dan jangan mengganggu orang yang mengunjungi Baitullah al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurniaan dan keredaan Tuhan mereka. Dan apabila kamu telah selesai daripada ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari (memasuki) Masjid al-Haram itu mendorong kamu membuat aniaya (kepada mereka). Dan hendaklah kamu bantu-membantu dalam membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah pula kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab-Nya.
English
176. They ask you for a decree, say: “Allah decrees to you in respect of a person who leaves neither parent nor child.” If a man dies leaving no child, but only a sister, then she shall have half of what he left, and he shall inherit her if she has no child. And if the sisters are two, they shall have two-thirds of what he left, and if they are brothers and sisters, then for the male there is the share of two females. Allah clarifies this for you lest you err. And Allah knows all things.
1. O you who believe! Fulfil your obligations. Lawful to you is (the eating of) the beasts of cattle except those which are narrated to you, and forbidden (to you) is hunting while you are in a state of pilgrimage. Surely, Allah commands what He intends.
2. O you who believe! Violate not the rites of Allah, nor the sacred month, nor the offerings (forwarded to Makkah), nor the sacrificial animals with garlands that mark them, nor those who go to the Sacred House seeking grace from their Lord and (His) pleasure. But when you come out from pilgrimage, then you may hunt. And let not the enmity of a people who have prevented you from going to the Sacred Mosque cause you to transgress (against them). And help one another in goodness and piety, and help not one another in sin and transgression. And fear Allah, surely Allah is severe in punishment.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran



