Halaman 94
Tarjuman
Bahasa Melayu
95. Tidaklah sama keadaan orang yang duduk (tidak turut berjihad) daripada kalangan orang yang beriman yang tiada keuzuran dengan orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka mengatasi orang yang duduk (tidak turut berjihad kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan masing-masing (daripada dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga), dan Allah melebihkan orang yang berjihad mengatasi orang yang duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.
96. Iaitu beberapa darjat kelebihan daripada-Nya, keampunan dan rahmat. (Ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
97. Sesungguhnya orang yang diambil nyawa mereka oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata, “Kenapa kamu ini?” Mereka menjawab, “Kami dahulu adalah orang yang tertindas di negeri itu.” Malaikat bertanya lagi, “Bukankah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas di dalamnya?” Maka orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
98. Kecuali orang yang tertindas daripada kaum lelaki dan wanita serta kanak-kanak, yang tidak berupaya (untuk berhijrah) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk menuju ke tempat hijrah).
99. Maka, mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah memaafkan mereka. (Ingatlah) Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
100. Sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
101. Apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir. Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.
English
95. Equal are not those believers who sit down at home having no injury, and those who struggle in the cause of Allah with their lives and their
belongings. Allah gives eminence to the strugglers with their lives and belongings in rank over those who sit down, and Allah promises good to all and Allah gives eminence to the strugglers over the sitters by a great
reward.
96. (Great) ranks from Him and forgiveness, and mercy. For Allah is Often Forgiving, Most Merciful.
97. Surely, as for those whom the angels cause to die while they are unjust to themselves, they will say: “What state were you in?” They will answer: “We were weak in the earth.” They will say: “Was not Allah’s earth
vast, so you could emigrate therein?” Then these are the people whose abode is Hell, and an evil destination is that.
98. Except the weak among men, and women, and children who cannot devise a plan, nor are they able to direct their way.
99. Therefore, as for those, there is hope that Allah will pardon them, for Allah is Pardoning, Forgiving.
100. And he who emigrates in the way of Allah will find in the earth many resting-places and abundance. And he who sets out from his home, emigrating to Allah and His Messenger, then death overtakes him, has his reward, surely, settled with Allah. And Allah is Often Forgiving, Most Merciful.
101. And when you travel in the land, it is permissible for you to shorten
the prayer, if you are afraid that those who disbelieve will persecute you
surely, the unbelievers are to you enemies clear.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


