Surah Al-Nisa’-j5h93

Halaman 93

Tarjuman
Bahasa Melayu

92. Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali kerana tidak sengaja. Sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kafarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diat (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahli keluarganya (si mati), kecuali jika mereka bersedekah (memaafkannya). Tetapi jika dia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) daripada kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedangkan dia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kafarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Tetapi jika dia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) daripada kaum (kafir) yang ada ikatan janji setia antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar diat (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak memperoleh salah satu daripadanya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut untuk permohonan taubat daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

93. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, dia kekal di dalamnya dan Allah murka kepadanya serta melaknatnya dan menyediakan baginya azab yang besar (di dalam neraka).

94. Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi (berjihad) pada jalan Allah, maka hendaklah kamu selidiki (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya) dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam (atau mengucapkan dua kalimah syahadah), “Engkau bukan orang yang beriman,” (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak mendapat harta benda kehidupan di dunia (yang tidak kekal), kerana di sisi Allah terdapat harta yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (yang dapat diketahui oleh orang lain akan keislaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah syahadah), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu, selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.

English

92. And it is not befitting one believer to kill another except (what happens) by mistake and he who kills a believer by mistake has therefore, to free a believing slave, and pay the blood-money to his (or her) people, unless they remit it as charity. But if he (the deceased) is from a people at enmity with you, and he is a believer, then there is still the freeing of a believing slave. And if he is from a people between whom and you is a covenant, then the blood-money should be paid to his people and a believing slave should be freed. But he who finds not (the means or the
slave to be freed) then (he has) to fast two consecutive months in order to seek repentance from Allah. And Allah is Knowing, Wise.

93. And he who kills a believer intentionally, his recompense then is Hell, abiding in it, and Allah’s wrath is upon him and His curse, and He has prepared for him a great torment.

94. O you who believe! When you set forth in the way of Allah, then investigate, and say not to one who offers you peace: “You are not a believer.” Do you seek the wealth of this world? But with Allah are treasures immense. Such were you, before this, but Allah conferred on you His favours, hence investigate. Surely, Allah is well aware of what you do.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul