Halaman 91
Tarjuman
Bahasa Melayu
80. Sesiapa yang mentaati Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad) untuk menjadi pengawal (amal perbuatan mereka. Justeru, janganlah engkau bersedih hati).
81. Dan mereka (golongan munafik) berkata, “(Kami) taat.” Tetapi, apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan daripada mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Allah (memerintahkan malaikat) mencatat apa yang mereka rancangkan itu. Justeru, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (tidak menghiraukan apa yang mereka rancangkan), serta bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang memeliharamu daripada angkara mereka).
82. Apakah mereka tidak merenung isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan menemui pertentangan yang banyak di dalamnya.
83. Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau ketakutan, mereka terus menghebahkannya, padahal kalau mereka menyerahkan sahaja hal itu kepada Rasul dan kepada Ulul Amri (para pemimpin) antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya antara mereka. Jika tidak kerana kurniaan dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) mengikut syaitan kecuali sebilangan kecil sahaja (iaitu orang yang teguh keimanannya dan luas ilmunya antara kamu).
84. Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam daripada pencerobohan musuh). Engkau tidak dibebani melainkan kewajipanmu sendiri dan berilah perangsang kepada orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menolak bahaya serangan orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-Nya dan amatlah berat azab-Nya.
85. Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik (bertepatan dengan syarak), nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya, dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk (bertentangan dengan syarak), nescaya dia akan memikul beban (dosa) daripadanya. (Ingatlah) Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
86. Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
English
80. He who obeys the Messenger, then surely he obeys Allah and he who turns back, then We have not sent you a guardian over them.
81. And they say: “Obedience,” but when they get away from you, a party of them spend the night (in planning) otherwise than what you say. And Allah records what they plot by night, therefore turn aside from them,
and put your trust in Allah, for Allah is a Sufficient Protector.
82. Do they not then ponder the Qur’an? And had it been from anyone except Allah, they would have found in it a great deal of contradiction.
83. And when there comes to them any news of peacefulness or of fright, they spread it about. And had they forwarded it to the Messenger, and to those in authority among them, those of them whose task is to investigate would have known the matter. And were it not for the grace of
Allah, and His mercy upon you, surely you would have followed the Evil One, except a few.
84. Fight then in the cause of Allah, you are not burdened except with regard to yourself but urge the believers onward. It may be that Allah will withhold the fierceness of those who disbelieve. And Allah is stronger in respect of force and stronger in respect of punishment.
85. He who takes part in doing good has a share of it and he who takes part in doing evil has the burden of it. And Allah controls all things.
86. And when you are greeted with a good greeting, then greet with a
better greeting or return the same. Surely, Allah is All-Sufficient in taking
account.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


