Halaman 89
Tarjuman
Bahasa Melayu
66. Dan seandainya Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah), “Bunuhlah diri kamu sendiri atau keluarlah dari tempat kediaman kamu,” nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebahagian kecil daripada mereka. Seandainya kalau mereka melaksanakan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (keimanan mereka).
67. Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami (iaitu syurga).
68. Dan pasti Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.
69. Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi, orang yang amat benar imannya, para syuhada’ (orang yang mati syahid) dan orang yang soleh, serta mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
70. Yang demikian itu adalah kurniaan daripada Allah. Cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
71. Wahai orang yang beriman, berwaspadalah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) berkelompok-kelompok atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai (dalam satu pasukan yang besar).
72. Dan sesungguhnya ada antara kamu, orang yang sengaja berlambat-lambat (untuk turut mara ke medan perang). Kemudian, jika kamu ditimpa musibah (seperti tercedera atau terbunuh), dia berkata, “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka.”
73. Dan sesungguhnya jika kamu beroleh kurniaan (kemenangan) daripada Allah, sudah tentu dia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih sayang antara kamu dengannya, “Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, tentu aku juga beroleh keuntungan yang amat besar (harta rampasan yang banyak).”
74. Oleh itu, orang (beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia hendaklah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah, lalu dia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
English
66. And if We had prescribed for them, (saying), “Kill yourselves or abandon your homes,” only a few of them would have done it. But if they do what they are advised, it would, certainly, be better for them, and stronger in establishing their faith.
67. And in that ease, We would certainly have given them a great reward from Ourselves.
68. And We would surely have guided them in the straight path.
69. And who obey Allah and the Messenger, then they will be with those whom Allah has blessed of the Prophets, and the truthful, and the bearers of testimony (or martyrs), and the righteous, and what a goodly
company are these!
70. This is the bounty of Allah, and sufficient is Allah as Knower.
71. O you who believe! Take your precautions, then march forth in groups, or march forth all together.
72. And indeed, there is one among you who would linger behind, then if a calamity befalls you, he says: “Indeed Allah has blessed me, because I was not present with them.”
73. And if some good from Allah be your lot, he would certainly say, as if there had not been any friendship between you and him, “Oh! would that I had been with them, then I would have gained a great gain.”
74. Then let those fight in the cause of Allah who sell the life of this world
for the Hereafter. And whoever fights in the cause of Allah, and is killed or
gets victory, We shall then grant him a great reward.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


