Surah Al-Nisa’-j5h84

Halaman 84

Tarjuman
Bahasa Melayu

34. Kaum lelaki itu adalah pemimpin terhadap kaum wanita disebabkan Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) mengatasi orang wanita dan juga kerana orang lelaki telah menafkahkan (membelanjakan) sebahagian daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) lagi yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika ketiadaan suami disebabkan pemeliharaan Allah (dan pertolongan-Nya). Wanita-wanita yang kamu khuatir nusyuznya (derhaka), maka nasihatilah mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka dari tempat tidur (kamu), dan (jika mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang tidak mencederakan). Kemudian jika mereka telah mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

35. Dan jika kamu khuatir ada persengketaan antara mereka berdua (suami isteri), maka lantiklah ‘orang tengah’ (untuk mendamaikan mereka, iaitu) seorang daripada keluarga lelaki dan seorang daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua ‘orang tengah’ itu bermaksud hendak mengadakan perdamaian, nescaya Allah akan memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya.

36. Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang takbur lagi membangga-banggakan diri.

37. Iaitu orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan kurniaan Allah yang telah diberikan kepada mereka. Dan Kami telah menyediakan bagi orang kafir itu azab yang amat menghinakan.

English

34. Men are protectors of women, because Allah has made some of them eminent above the others (their wives), and because of what they spend out of their belongings, so that the righteous women are devout, guarding that in the absence (of their husbands), what Allah orders them to guard. And there are women whose disobedience you may be afraid of, then teach them, and (next) leave them alone in their beds and (next) punish them lightly, if then they obey you, then do not seek a way against them. Surely, Allah is High, Great.

35. And if you fear a breach between the two, then select an arbitrator from his family, and an arbitrator from her family, if then the two desire peace, Allah will cause agreement between them. Surely, Allah is Knowing, Well-Acquainted.

36. And serve Allah and associate none with Him, and do good to the parents, and the near of kin, and the orphans, and the needy, and the neighbour who is related to you, and the neighbour who is stranger, and the companion by your side, and the traveller, and to the slave whom you rightfully possess. Allah does not love who is proud, boaster.

37. There are those who act miserly and command men (also) to be misers, and they conceal that which Allah has given them out of His grace. And We have prepared for the disbelievers a humiliating torment.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi