Surah Al-Nisa’-j5h83

Halaman 83

Tarjuman
Bahasa Melayu

27. Dan Allah juga hendak (membersihkan kamu daripada dosa dengan) menerima taubat kamu. Sedangkan orang (fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu berpaling (daripada kebenaran) dengan palingan yang besar.

28. Allah (sentiasa) hendak meringankan beban (hukum-Nya) daripada kamu. Dan Manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

29. Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (menggunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan dengan kerelaan antara kamu, dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu.

30. Dan sesiapa yang melakukan demikian dengan melanggar yang hak dan berbuat kezaliman, maka Kami akan memasukkannya ke dalam api neraka dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah (tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalang-Nya).

31. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa kecil) kamu dan Kami akan memasukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).

32. Dan janganlah kamu berangan-angan (ingin mendapatkan) kurniaan yang dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain (sama ada berbentuk keduniaan atau keagamaan). (Kerana telah ditetapkan) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan (maka berusahalah). Dan mohonlah kepada Allah akan limpah kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

33. Dan bagi setiap (lelaki dan wanita) Kami jadikan pewaris-pewaris apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan kerabat yang dekat. Orang yang kamu telah membuat janji setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kesusahan), maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.

English

27. And Allah wishes to turn to you (in mercy), but those who follow their lusts desire that you should turn away (from Him) a great turning.

28. Allah desires to lighten your burden, for man is created weak. 

29. O you who believe! Do not unjustly consume your belongings among yourselves, but do trade by mutual consent, and do not kill one another.
Surely, Allah is Merciful to you.

30. But whoever does that, by way of transgression and injustice, then We will cause him to enter the Fire. And that is easy for Allah.

31. If you shun the major sins which you are forbidden, We will wipe off your minor evils, and We will cause you to enter an honourable entering.

32. And do not covet the things in which Allah has made some of you to excel others. For men there is a share out of what they earn, and for women there is a share out of what they earn, and ask Allah for His grace. Surely, Allah knows everything.

33. And for everyone We have appointed an inheritance out of what their parents and relations leave behind and give those their share who have made firm covenant with you. Surely, Allah is a Witness over everything.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi