Halaman 80
Tarjuman
Bahasa Melayu
15. Dan antara wanita-wanita kamu yang mengerjakan perbuatan keji (zina), maka carilah empat orang lelaki antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga sampai ajalnya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (daripada hukuman itu).
16. Dan (mana-mana) dua orang antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah terbukti kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti kedua-duanya (dengan hukuman ta’zir), kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha menerima taubat, lagi Maha Luas rahmat-Nya.
17. Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, (dengan adanya dua sebab itu) maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
18. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, dia berkata, “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedangkan taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang yang mati sedangkan mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab yang pedih.
19. Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi diri wanita dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian daripada apa yang kamu telah berikan kepada mereka, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
English
15. And should any of your women-folk commit an act of indecency, then call against them four witnesses from among yourselves, so if the evidence is established, then confine them to their houses until death take them, or Allah makes for them a way.
16. And if (any) two persons among you commit the same, punish them both. But if they repent to (Allah) and do righteous deeds, then leave them alone. Surely, Allah is Often Returning, Most Merciful.
17. Allah accepts only the repentance of those who do an evil act through ignorance, then quickly turn (to Him), to such people Allah turns, for He is All-Knowing, All-Wise.
18. And of no effect is the repentance of those who go on doing evil until when death approaches one of them and he says: “Surely, now I repent.” Nor for those who die while they are disbelievers. For such We have
prepared a painful torment.
19. O you who believe! It is not lawful for you to inherit women by force and treat them not with harshness in order to take away part of what you have given them, except in case they commit a clear act of indecency
and consort with them with fairness. Then, if you dislike them, it may be that you dislike a thing, while Allah has placed a great deal of good therein.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


