Surah Al-Nisa’-j4h78

Halaman 78

Tarjuman
Bahasa Melayu

7. Orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang perempuan pula ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak daripada harta yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

8. Apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

9. Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka, oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang benar (menepati syarak).

10. Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu, dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya, satu perenam daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedangkan yang mewarisinya hanyalah kedua-dua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan daripada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

English

7. For men, there is a share in what their parents and their relatives leave behind, and for women is a share in what their parents and relatives leave
behind, be it little, or be it much, a stated share.

8. And when the relatives, and the orphans, and the needy, are present at the time of the division, then feed them from it (the property), and speak to them a fair speech.

9. And let those (guardians) fear (poverty) for them as they would have for their own, if they had to leave weak offspring behind them. So let them fear Allah, and speak the right word.

10. Surely, those who devour the property of the orphans unjustly,
swallow nothing but fire into their bellies, and they will soon enter into the burning Fire.

11. Allah commands you regarding your children, for the male a share equal to that of two females, then if they are all females, more than two, so for them is two-thirds of what is left and if there is only one, for her is a half and for each of the deceased’s parents is a sixth of what is left if he (or she) leave a child, but if the deceased leave no child, and the parents are the (only) heirs, then for the mother is a third. But if there are brothers
of the deceased, then there is a sixth for the mother, this, after payment of legacies and debts. You have your parents and your sons, you know not which of them is nearer to you in benefit. This is a stated proportion (fixed) by Allah, surely, Allah is All-Knowing, All-Wise.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul