Halaman 384
Tarjuman
Bahasa Melayu
77. Dan sesungguhnya al-Quran itu menjadi hidayah dan rahmat bagi orang yang beriman.
78. Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan antara mereka dengan hukum-Nya, dan Dia-lah sahaja Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
79. Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada atas kebenaran yang jelas.
80. Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang yang mati (hatinya) itu mendengar dan menjadikan orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya),
81. Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka. Engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang yang sanggup beriman kepada ayat-ayat Kami, kerana mereka orang yang berserah diri (dengan ikhlas).
82. Dan apabila tiba masa berlakunya hukuman atas manusia (iaitu azab yang pasti menimpa), Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang daripada bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat dan pengajaran Kami.
83. Dan pada hari Kami himpunkan daripada setiap umat sekumpulan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibahagi-bahagikan.
84. Sehingga apabila mereka datang (ke tempat perhitungan amalan), Allah berfirman, “Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keterangan-Ku tanpa terlebih dahulu kamu mengetahuinya secara mendalam? Atau apakah yang telah kamu lakukan?”
85. Dan jatuhlah hukuman (azab) atas mereka disebabkan kezaliman (kekufuran) mereka, lalu mereka diam membisu (kerana tiada hujah).
86. Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
87. Dan pada hari ditiup sangkakala, lalu terkejutlah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Kesemuanya akan datang kepada-Nya dengan keadaan tunduk (merendah diri),
88. Dan ketika engkau melihat gunung-ganang (sewaktu tiupan Malaikat Israfil), engkau menyangkanya tetap pada tempatnya (kerana besarnya ia), padahal ia bergerak seperti bergeraknya awan, (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat setiap sesuatu dengan rapi dan teliti, sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.
English
77. And most surely it is a guidance and a mercy to the believers.
78. Surely your Lord judges between them by His Judgement, for He is the All-Mighty, the All-Knowing.
79. Therefore put your trust in Allah, surely you are upon the clear truth.
80. Surely you cannot make the dead to hear, nor can you make the deaf to hear the call when they turn back to flee.
81. And you cannot guide the blind from their error. You shall make none to hear except those who believe Our verses and submit themselves (to Islam).
82. And when the word (of torment) is passed against them, We will bring forth for them a beast from the earth which will speak to them, because men were not convinced of Our verse.
83. And the Day We shall gather together from each community a troop out of those who rejected Our signs, and they shall be driven (to the place).
84. Until when they arrive, He will say: “Did you reject My signs while you had not comprehended them in knowledge, or what was it that you did?”
85. And the word (of torment) will come to pass against them, because of their wrongdoing, and they will be unable to speak.
86. Do they not see that We have made the night for them to rest therein, and the day to be full of light? Surely in this there are signs for people who believe.
87. And the Day when the Trumpet will be blown, then all who are in the heavens, and all who are on the earth will be horrified, except those whom Allah wills, and all shall come to Him humbled.
88. And you see the mountains, you think them to be firmly fixed, but they shall pass away as the passing away of the clouds: (this is) the work of Allah who has perfected everything. Surely He knows what you do.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

