Halaman 381
Tarjuman
Bahasa Melayu
45. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka (Nabi) Soleh (menyeru mereka dengan berkata), “Sembahlah kamu akan Allah!” Maka, tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang saling berbalah.
46. Soleh berkata (kepada puak kafir), “Wahai kaumku, mengapa kamu meminta disegerakan keburukan kepada kamu sebelum kamu meminta kebaikan? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat.”
47. Mereka menjawab, “Kami ditimpa kesialan dengan sebabmu, dan juga dengan sebab pengikut-pengikutmu!” Soleh berkata, “(Sebenarnya) nasib malang yang menimpa kamu adalah ketentuan Allah (kerana Dia-lah yang menentukannya, bukannya aku), sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu).”
48. Di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang lelaki yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan pelbagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikit pun.
49. Mereka berkata (sesama sendiri), “Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan pengikut-pengikutnya secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan berkata kepada warisnya, “Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikut-pengikutnya, dan sesungguhnya kami adalah golongan yang berkata benar.”
50. (Dengan demikian) mereka telah merencana satu rancangan jahat, dan Kami pula rencanakan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedangkan mereka tidak menyedarinya.
51. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.
52. (Kesudahannya) rumah-rumah mereka itu telah ranap sama sekali disebabkan mereka berlaku zalim. Sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pengajaran bagi orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya).
53. Dan Kami selamatkan orang yang beriman dan mereka itu selalu bertakwa.
54. Dan (Nabi) Lut juga (Kami utuskan). (Ingatlah peristiwanya) ketika dia berkata kepada kaumnya, “Mengapa kamu melakukan perbuatan yang keji (liwat atau homoseks) sedangkan kamu mengetahui kekejiannya?
55. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya).”
English
45. And most certainly We sent to Thamud their brother Salih, saying: “Worship Allah.” But behold! They became two parties disputing with each other.
46. He said: “O my people! Why do you seek to hasten on evil rather than good? Why do you not ask forgiveness of Allah, so that you may be shown mercy?”
47. They said: “We augur evil omen from you and those with you.” He said: “Your evil omen is with Allah, nay, you are people that are being tried.”
48. And there was in the city a group of nine persons, who made evil in the land, and would not do any good.
49. They said: “Swear one to another by Allah that we will attack him and his family by night, and then we certainly will say to his heir, ‘We did not see the destruction of his family, and surely we are truthful.’”
50. And they planned a plot, and We planned a plan, while they perceived it not.
51. Then see what was the end of their plot for We destroyed them and their people, all together.
52. Then these are their homes, utterly ruined, because of the wrong they did. Surely, there is a sign in this for people who know.
53. And We saved those who believed and used to fear Allah.
54. And (We sent) Lut, when he said to his people: “Do you commit indecency while you see (its impurity)?
55. Why do you approach men in lust rather than women? Indeed, you are an ignorant people.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

