j19h379-Surah Al-Naml

Halaman 379

Tarjuman
Bahasa Melayu

23. “Sesungguhnya aku dapati seorang wanita memerintah mereka dan dia telah dianugerahkan (serba sedikit) segala sesuatu (yang diperlukan) dan dia pula mempunyai singgahsana yang besar.”

24. “Aku dapati raja wanita itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadah menyembah Allah, dan syaitan pula memperelok-elokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka daripada jalan (yang benar). Oleh itu, mereka tidak beroleh petunjuk,”

25. “(Mereka dihalangi oleh syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.”

26. “Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang besar.”

27. Sulaiman berkata, “Kami akan melihat dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, atau pun engkau daripada golongan yang berdusta.”

28. “Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah daripada mereka. Dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka.”

29. (Setelah membaca surat itu), raja negeri Saba’ itu berkata, “Wahai para menteri! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.”

30. “Sesungguhnya surat itu daripada Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut), “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang,”

31. “Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).”

32. Raja wanita itu berkata lagi, “Wahai ketua-ketua kaum, berilah pandangan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini. Aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya.”

33. Mereka menjawab, “Kita adalah orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan. Perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu. Oleh itu, fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.”

34. Raja wanita itu berkata, “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sesebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina. Sedemikian itulah mereka akan lakukan.”

35. “Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita.”

English

23. Surely I found a woman ruling over them, and she has been given of all things, and she has a great throne.

24. I found her and her people worshipping the sun besides Allah, and Satan has made fair-seeming to them their deeds, and has kept them away from the path, so they are not guided,

25. So that they do not worship Allah, who brings forth what is hidden in the heavens and the earth, and who knows what you hide and what you reveal.

26. Allah, there is no god but He, Lord of the Great Throne.”

27. (Sulayman) said: “We shall soon see whether you have told the truth or whether you are of the liars.

28. Take this letter from me and deliver it to them, then turn away from them, and see what (answer) they return.” 

29. (The queen) said: “O chiefs! Surely an honourable letter has been delivered to me. 

30. Surely it is from Sulayman, and surely (it says): ‘In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

31. Exalt not yourselves against me, but come to me in submission.’” 

32. She said: “O chiefs! Advise me with regard to my affair, I decide not an affair until you advise me.” 

33. They said: “We are men possessed of great strength, and possessed of great ability for war, and the command belongs to you, therefore consider what you wish to command.”

34. She said: “Surely the kings, when they enter a town, ruin it and make the most honourable of its people its lowest, and it is thus what they usually do.

35. And surely I am going to send them a present and wait to see what answer the messengers bring back.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi