j27h527-Surah Al-Najm

Halaman 527

Tarjuman
Bahasa Melayu

27. Sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,

28. Sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.

29. Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) berpaling daripada orang yang berpaling daripada pengajaran Kami. Dia tidak menginginkan melainkan kehidupan duniawi semata-mata.

30. (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir daripada pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah jua lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua lebih mengetahui siapa yang mendapat hidayah.

31. Dan Allah jualah Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi supaya Dia membalas orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

32. (laitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan yang keji, selain daripada kesalahan-kesalahan yang kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) daripada tanah, dan semasa kamu masih janin (yang melalui pelbagai peringkat kejadian) dalam perut ibu kamu. Maka, janganlah kamu memuji-muji diri kamu (menganggap kamu suci bersih daripada dosa). Dia-lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang yang bertakwa.

33. Adakah engkau melihat (keburukan) orang yang berpaling?

34. Dan setelah dia memberi sedikit pemberiannya serta memutuskannya (tidak mahu memberikannya lagi)?

35. Adakah dia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga dia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menanggung azab yang diterima oleh orang lain pada hari akhirat kelak)?

36. Atau belumkah dia diberitahu apa yang terkandung dalam lembaran-lembaran (Nabi) Musa?

37. Dan juga lembaran-lembaran (Nabi) Ibrahim yang selalu memenuhi janji (dengan sempurna)?

38. (Dalam lembaran-lembaran itu ditegaskan), bahawa sesungguhnya seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain,

39. Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya,

40. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak),

41. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

42. Dan bahawa sesungguhnya kepada Tuhanmu kesudahan (segala perkara),

43. Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang menyebabkan seseorang (yang gembira) tertawa, dan menyebabkan seseorang (yang berdukacita) menangis,

44. Dan bahawa sesungguhnya Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan,

English

27. Most surely those who do not believe in the Hereafter, name the angels with female names. 

28. And they have no knowledge thereof. They follow nothing but a guess, and surely guessing avails nothing against the truth. 

29. Therefore turn aside from him who turns away from Our reminder, and who desires nothing but the life of this world. 

30. This is the extent of their knowledge. Surely your Lord it is He Who knows best him who strays away from His path, and He knows best him who follows guidance. 

31. And to Allah belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth, that He may requite those who do evil for what they do, and reward those who do good with goodness. 

32. Those who shun the great sins and indecencies, except for minor faults, surely your Lord is Vast in forgiveness. He knew you best when He brings you from the earth, and when you were embryos in the wombs of your mothers. Therefore ascribe not purity to yourselves. He knows him best who is truly pious. 

33. Have you then seen him who turns back. 

34. And gives a little, and (then) withholds? 

35. Has he the knowledge of the unseen, so that he can see (it)? 

36. Or has he not been informed of what is in the Scriptures of Musa. 

37. And (of) Ibrahim who fulfilled (the commandments)? 

38. And no bearer of burden shall bear the burden of another. 

39. And that for man there is nothing but what he strives for.

40. And that (the result of) his striving will be seen.

41. Then he will be rewarded with the fullest reward. 

42. And that to your Lord is the goal.

43. And that it is He Who causes (men) to laugh, and Who causes (men) to weep. 

44. And that it is He Who causes death and gives life. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul