j27h526-Surah Al-Najm

Halaman 526

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Demi bintang ketika terbenam.

2. Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan pelbagai tuduhan) itu tidaklah sesat (dari jalan yang benar) dan tidak pula keliru (dengan kepercayaan yang salah).

3. Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan sesuatu (yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan hawa nafsunya.

4. Segala yang diperkatakannya itu hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

5. Wahyu itu diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang amat kuat,

6. Lagi yang mempunyai kebijaksanaan, dan memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya yang asal,

7. Sedangkan dia berada di ufuk langit yang tinggi.

8. Kemudian dia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu bertambah dekat lagi,

9. Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busur panah, atau lebih dekat lagi,

10. Lalu Allah mewahyukan kepada hamba-Nya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril itu) apa yang telah diwahyukan-Nya.

11. Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

12. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

13. Sesungguhnya (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

14. Di sisi Sidrat al-Muntaha (sebatang pohon yang terletak di sebelah kanan Arasy),

15. Yang di sisinya terletak Syurga al-Ma’wa (yang disediakan untuk para malaikat, roh para syuhada’ dan orang yang bertakwa).

16. Ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputi (makhluk-makhluk yang tidak terhingga).

17. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berpaling daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas (pada malam Israk dan Mikraj).

18. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian daripada tanda-tanda Tuhannya yang paling besar.

19. Maka adakah patut kamu menganggap al-Lata dan al-‘Uzza,

20. Serta Manat yang ketiga (yang bertaraf rendah lagi hina itu sebagai sesuatu yang layak disembah)?

21. Adakah untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?

22. Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.

23. Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan nenek moyang kamu menamakannya. Allah sekali-kali tidak menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk daripada Tuhan mereka.

24. Adakah manusia akan mendapat segala apa yang dicita-citakannya? (Sudah tentu tidak!).

25. Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.

26. Berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan diredai-Nya.

English

1. By the star when it goes down. 

2. Your companion (Muhammad) is neither astray nor deviated. 

3. Nor does he speak out of (his own) desire. 

4. It (the Qur’an) is nothing but a revelation that is revealed, 

5. He was taught by the Master of Mighty in power (Gabriel).  

6. Possessor of Strength (i.e Gabriel), who manifested himself (in his true form).

7. And he was in the highest part of the horizon. 

8. And then he drew near, and came close. 

9. Until he was at a distance equal to the chords of two bows, or nearer still. 

10. Then He revealed unto His servant (Muhammad) what He revealed. 

11. His (Muhammad’s) heart lied not (in seeing) what he saw. 

12. Will you then dispute with him about what he saw? 

13. And surely he (Muhammad) saw him (Gabriel) in another descent. 

14. Near the farthest lote-tree,

15. Near it is the Garden of the abode.

16. When that, which covers, covered the lote-tree. 

17. The eye turned not aside, nor did it wander. 

18. Surely he saw some of the greatest signs of his Lord. 

19. Have you then considered al-Lat and al-‘Uzza, 

20. And Manat, the third, the last? 

21. What! For you the males and for Him females? 

22. That indeed is a division most unfair! 

23. They are nothing but names which you have named, you and your fathers for which Allah has sent down no authority. They follow nothing but a guess and what their souls desire, and surely the guidance has come to them from their Lord. 

24. Or shall man have what he wishes? 

25. But to Allah belong the end (Hereafter) and the beginning (the world). 

26. And how many angels there are in the heavens whose intercession will avail nothing except after Allah has given (them) permission for whom He wills and pleases. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Terjemahan Lafziyyah (Perkata)
Makna Kalimat
Khulasah Al-Quran