j14h275-Surah Al-Nahl

Halaman 275

Tarjuman
Bahasa Melayu

73. Dan mereka menyembah selain daripada Allah, yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki dari langit dan bumi serta mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.

74. Oleh itu, janganlah kamu mengadakan persamaan bagi Allah (lalu kamu menjadikannya sekutu Allah) kerana sesungguhnya Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya.

75. Allah memberikan satu perbandingan seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan sesuatu pun dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya rezeki yang baik daripada Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebas, sama ada secara sembunyi atau terang-terangan. Adakah kedua-dua orang itu sama? Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

76. Dan Allah memberikan satu perbandingan lagi, dua orang lelaki, salah seorangnya bisu tidak dapat berbuat sesuatu pun dan dia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya, ke mana sahaja dia diarahkan pergi oleh penjaganya, dia tidak dapat membawa sesuatu kebaikan. Adakah dia sama seperti orang yang menyuruh orang ramai melakukan keadilan dan dia sendiri juga berada di atas jalan yang lurus?

77. Dan Allah jua yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan tidak ada hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata atau lebih cepat lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

78. Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.

79. Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka melainkan Allah, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

English

73. And they worship besides Allah that which has no power to provide them with any provision from the heavens or the earth, and they cannot help (themselves).

74. Therefore do not invent any similitudes for Allah, surely Allah knows and you know not.

75. Allah sets forth the parable of a servant owned by another (who) has no power over anything, and a (free) man whom We have bestowed a good provision from Us, and he spends out of it secretly and openly, can
they be equals? All praise is due to Allah. But most of them know not.

76. And Allah sets forth the parable of two persons, one of them is dumb, has no power over anything and who is a burden to his master, wherever he sends him, he brings no good, can he and (the other) who commands
with justice, and who is himself on the straight path be equals?

77. And to Allah belongs the unseen of the heavens and the earth. And the matter of the Hour is but like the twinkling of an eye or something nearer still. Surely Allah has power over all things.

78. And Allah brought you forth from the wombs of your mothers while you know nothing, and He gave you ears and eyes and hearts, so that you may be thankful.

79. Do they not see the birds subjected to (Allah’s) laws in the middle of the sky? No one holds them but Allah. Surely, there are signs in this for a people who believe.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q

Asbab-al-Nuzul