Surah Al-Nahl-j14h274

Halaman 274

Tarjuman
Bahasa Melayu

65. Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan bumi dengan air hujan itu sesudah matinya, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar.

66. Dan sesungguhnya pada haiwan-haiwan ternakan itu, kamu beroleh pengajaran. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit daripada perutnya, yang lahir antara sisa makanan dengan darah (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.

67. Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikannya minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang berakal.

68. Dan Tuhanmu juga memberi ilham kepada lebah, “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang, pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

69. Kemudian makanlah daripada segala jenis buah-buahan (dan bunga-bungaan), serta turutlah peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu.” Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang mahu berfikir.

70. Dan Allah menciptakan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, ada pula antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang sangat lanjut sehingga dia menjadi tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

71. Dan Allah telah melebihkan sebahagian daripada kamu mengatasi sebahagian yang lain dalam hal rezeki, orang yang diberi kelebihan tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu (dengan perbuatan syirik)?

72. Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan dijadikan bagi kamu daripada isteri kamu anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu daripada benda-benda yang baik lagi halal, maka patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?

English

65. And Allah sends down water from the sky, then with it He gives life to the earth after its death. Surely, there is a sign in this for a people who listen.

66. And most certainly there is a lesson for you in the cattle. We give you a drink out of what is in their bellies, from between the contents of the bowels and the blood, pure milk delicious to those who drink,

67. And out of the fruits of palms and of grapes, there are some which you use for making intoxicants and for a goodly provision. Surely, there is a sign in this for a people who understand.

68. And your Lord inspired the bee saying: “Make houses in the mountains and in the trees and in what they (people) build up,

69. Then eat of all the fruits, and follow the smooth path laid down by your Lord.” There comes out from their bellies, a drink of various colours, in which there is healing for mankind. Surely, there is a sign in this for
people who reflect.

70. And Allah creates you, then He causes you to die, and some of you are caused to be returned to a feeble age, so that after knowing somewhat, he may know nothing. Surely Allah is Knowing, Powerful.

71. And on some of you Allah has bestowed more abundant provision than on others. Then those who are favoured do not give back their provision to those whom their right hands possess, so that they may be equal therein. Then, would they deny the favours of Allah?

72. And Allah made for you mates from among yourselves, and through
your mates He has given you sons and grandsons, and He provided you
with pure foods. Do they then believe in falsehood, while for Allah’s favour
they are ungrateful?

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi